Lapan Prinsip Penulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

ika penulis melihat dari aspek penulis dan karya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan satu contoh bagaimana mengalihkan pengetahuan menjadi penulisan yang hayatnya berpanjangan. 

 Pada tahun 2009, beliau disenaraikan sebagai tokoh berpengaruh dalam buku "The 500 Most Influential Muslims". Ada lapan perkara diikat dalam disiplin ilmu pengkaryaan beliau.

Formula Hasbullah, Hatrik Rencana Berimpak Tinggi

Bagaimana caranya menulis rencana menggunakan pendekatan allahyarham Dato’ Hasbullah Awang, pengulas sukan terbaik di negara kita? Bunyinya aneh, kerana suara dan wajahnya lebih dikenali sebagai pengulas sukan, bukannya penulisan. Tetapi, beliau mempunyai beberapa elemen yang dapat ditiru semula oleh penulis rencana akhbar dan majalah. Elemen-elemen dalam ulasan sukan beliau dapat membantu bagi mencetuskan situasi tarik-menarik emosi antara pembaca dan penulis.

5 Faktor Penting Penulisan Cerpen

Tak kenal maka tak cinta. Ini masalah cinta. Sudah kenal tetapi tidak ambil tahu pun akan bermasalah juga. Jatuh cinta dengan penulisan cerpen, tetapi tidak mengenalinya betul-betul juga bermasalah. Takut-takut berlaku kemalangan jiwa mereka yang membacanya. Jadi, mari kita bertanya khabar dan berkenalan lebih lanjut dengan genre penulisan yang dipanggil cerpen.

7 Langkah Mudah Menulis Emel Efektif

Pada zaman P. Ramlee dulu botol kaca terpakai diketuk bagi mengajak bakal isteri ber-dating. Botol kaca itu percuma. Kadang-kadang terpaksa juga keluarkan sedikit kos sebanyak 20sen bagi mengupah orang untuk memanggil kekasih di dalam rumah. Kemudian surat digunakan bagi menghantar dokumen dan pada masa ini emel digunakan sebagai pengganti surat. Kelebihannya percuma dan boleh diterima dalam tempoh beberapa saat saja. Mudah. Bagaimanapun ada yang ambil mudah atas kemudahan menggunakan emel.

5 Latihan Topik Untuk Ditulis

*Aktiviti Pemanas Badan* Sebelum kita pergi jauh, mari buat satu aktiviti. Saya ajak anda semua untuk buka surat khabar hari ini, cari satu berita yang anda buat anda rasa macam ‘hak eleh…entah apa-apalah berita ini, benda macam ini pun nak dijadikan berita?’

3 Langkah Asas Menulis Berita

Saya kongsikan tiga cara mudah untuk mula menulis berita. Tak kiralah sepanjang atau sependek mana berita yang nak ditulis, siapa pun yang ditemuramah sebagai subjek, ini asasnya. Tiga perkara wajib untuk dikutip dari lokasi berlakunya perkara yang hendak diberitakan (selepas ini akan dirujuk sebagai ‘tempat kejadian’)

Penterjemah Kerjaya Penuh Rahsia

Ingat lagi tak, soalan popular yang sering ditanya oleh cikgu masa sekolah dahulu. Soalan apa itu? Soalan ini... Apa cita-cita kamu apabila besar nanti? Jawapan paling popular adalah mahu jadi cikgu, doktor, askar dan polis. Walaupun saya tidak ingat apa jawapan saya kepada soalan cikgu itu, namun saya yakin penterjemah bukan jawapannya. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi penterjemah.

4 Kategori Penulis Cerpen

Kita semua pernah menjadi penulis. Kenapa apabila kita besar kita katakan kita tidak pandai menulis? Sejak sekolah, bermula dengan mengenal huruf lagi kita sudahpun menulis. Semasa sekolah rendah, kita sudah diajarkan oleh guru mengenai teknik menulis karangan yang lengkap dengan pendahuluan, isi penting dan penutup. Tanpa jemu, setiap hari guru memberitahu kita cara-cara menggali isi penting daripada pelbagai sumber sekunder seperti majalah, akhbar dan buku.