Category Umum

Followers Bertukar Ganti

Ada soalan ditanyakan pada minggu lalu, “Dahulu saya membaca setiap status seorang influencer ini. Semakin lama semakin saya tidak mengikutinya lagi. Kenapa ya?” Keadaan ini sama seperti kita mengikuti seorang penulis dan lama kelamaan kita mengubah haluan pembacaan kita. Buku…

Buku Pertama Saya

Untuk yang suka kepada buku, menulis buku adalah sesuatu yang berada dalam angan. Apatah lagi dalam dunia teknologi sekarang, menulis itu sepertinya terlalu mudah. Terbitnya buku juga sudah tidak nampak seperti mahu pergi mendaki gunung Kilimanjoro.

Buku Apa Menjadikan Pembaca Papa Kedana?

Input ilmu dalam bahasa yang teratur mempermudahkan proses pembinaan karakter melalui proses membaca. Potensi individu berkembang apabila penguasaan ilmu dapat dilakukan lebih cepat kerana buku-buku yang ditulis dan dibaca dari rumah menjadi pra persediaan kepada bahan bacaan lebih kompleks. Daya penerimaan lebih cepat meningkat kerana struktur bahasa yang dibentuk akan melalui proses pengukuhan kesan daripada pengulangan corak yang sama.

Enam Sebab Penulis Fiksyen Perlu Menyediakan Rekod Bacaan

Tidak dinafikan, membaca karya yang bagus dan pelbagai menjadikan seseorang itu lebih banyak idea dan jiwa. Apabila seorang penulis melakukannya, semakin mudah mereka mendapat idea menulis. Kata Aan Mansyur, “Saya tidak percaya adanya writer’s block. Saya lebih percaya kepada reader's block. Iaitu apabila saya tidak boleh menulis, bermakna saya kurang membaca."

7 Langkah Mudah Menulis Emel Efektif

Pada zaman P. Ramlee dulu botol kaca terpakai diketuk bagi mengajak bakal isteri ber-dating. Botol kaca itu percuma. Kadang-kadang terpaksa juga keluarkan sedikit kos sebanyak 20sen bagi mengupah orang untuk memanggil kekasih di dalam rumah. Kemudian surat digunakan bagi menghantar dokumen dan pada masa ini emel digunakan sebagai pengganti surat. Kelebihannya percuma dan boleh diterima dalam tempoh beberapa saat saja. Mudah. Bagaimanapun ada yang ambil mudah atas kemudahan menggunakan emel.

Menulis Kerana Memberi

Ada masa yang kita perlu peruntukkan untuk berfikir hal-hal mendasar. Meneropong jauh ke dalam hati tentang perkara yang kita lakukan setiap hari agar kita tidak tersasar daripada destinasi yang telah kita tentukan sebelum ini. Antara perkara yang kita lakukan setiap hari adalah menulis.