Category Penterjemahan

Penterjemah Kerjaya Penuh Rahsia

Ingat lagi tak, soalan popular yang sering ditanya oleh cikgu masa sekolah dahulu. Soalan apa itu? Soalan ini... Apa cita-cita kamu apabila besar nanti? Jawapan paling popular adalah mahu jadi cikgu, doktor, askar dan polis. Walaupun saya tidak ingat apa jawapan saya kepada soalan cikgu itu, namun saya yakin penterjemah bukan jawapannya. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi penterjemah.