Rumah Berita Yang Paling Telus?

Mana satu yang betul? Makin dekat pilihanraya, makin nampak ‘warna’ sebenar sesebuah rumah berita. Tidak kira akhbar atau portal atau TV mahupun radio masing-masing dah mula ‘cucuk jarum’ kepada audien. Semalam, sampai ke pengetahuan aku dua kes rintihan lelaki yang berbeza tetapi berkaitan isu yang sama. Isunya adalah tentang ketelusan rumah media dalam melaporkan isu. … Read moreRumah Berita Yang Paling Telus?

Cara Bernama Membuang Unsur Rasis Dalam Penulisan

Keharmonian antara kaum di negara ini adalah satu perkara yang perlu dipelihara dan dipertahankan. Penulisan berita memainkan peranan penting dalam menyokong hal ini. Apatah lagi bila ia ditulis oleh organisasi seperti Bernama. Orang ramai pula amat mudah tersentuh dengan berita berbentuk jenayah. Bila ada kes pukul di UPNM, seraya semua orang mengutuk para suspek (yang … Read moreCara Bernama Membuang Unsur Rasis Dalam Penulisan

Mimpi PALING NGERI Wartawan

Pada satu hari yang indah, langit cerah disinari cahaya mentari. Burung-burung berkicauan dengan girang ibarat terjumpa seguni cacing tanah segar kemerah-merahan dan Pak Atan berpeluang melayan kopi pekat bancuhan Mak Senah di bawah pohon durian, nasib aku terbalik 180 darjah.

Seperti mana warga kota yang lain keluar pagi mencari rezeki, aku turut serta dalam bondongan manusia menunggang motorsikal ke pusat bandar Kuala Lumpur. Bezanya pagi itu, aku tidak terus ke pejabat tetapi ke KLCC dahulu.

Bagaimana Wartawan Bekerja?

Anda masih ingat filem Superman zaman Christopher Reeve?

Watak Clark Kent dan Lois Lane yang elegan bekerja di Daily Planet. Berkot sepanjang hari, hatta waktu sedang kerja di lapangan pun masih berdandan cara sama.

Suasana dalam pejabat yang sentiasa berlatar belakangkan bunyi mesin taip dipetik laju, kertas-kertas berterbangan dan suara jerit menjerit dalam pejabat.

Ini suasana tahun 1978, pada tahun filem pertama Superman dikeluarkan.

Wartawan Dalam Diri Kita

“Kak Lopez, semalam saya tengok Pak Jackson naik motor dengan bini baru… muda lagi, bergetah!” kata Mak Britney sambil memilih ikan di pasar tani.

“Isy, kau biar betul. Mana kau tahu itu bini muda dia? Tapi rapat tak perempuan tu peluk Pak Jack? Kalau rapat, sahlah bini baru itu,” jawab Kak Lopez.

“Nak kata rapat, tak sempat nak tengok lama-lama. Nampak pun sekali lalu sahaja. Tapi mesti rapat punya, naik motor takkan renggang-renggang,” balas Mak Britney. Matanya dijegilkan sedikit.