Rahmah Mokhtar

Rahmah Mokhtar

Enam Sebab Penulis Fiksyen Perlu Menyediakan Rekod Bacaan

Tidak dinafikan, membaca karya yang bagus dan pelbagai menjadikan seseorang itu lebih banyak idea dan jiwa. Apabila seorang penulis melakukannya, semakin mudah mereka mendapat idea menulis. Kata Aan Mansyur, “Saya tidak percaya adanya writer’s block. Saya lebih percaya kepada reader's block. Iaitu apabila saya tidak boleh menulis, bermakna saya kurang membaca."

Mengintai Ruang Berkarya di Majalah

Dalam dunia penulisan fiksyen, salah satu cara cepat untuk membina nama adalah melalui penerbitan cerpen di akhbar, majalah atau antologi penerbit yang tumbuh semakin banyak. Secara tidak langsung, menghantar karya supaya terbit di ruang terbitan berkala menjadi platform yang baik membina momentum dan semangat untuk terus berkarya.

5 Faktor Penting Penulisan Cerpen

Tak kenal maka tak cinta. Ini masalah cinta. Sudah kenal tetapi tidak ambil tahu pun akan bermasalah juga. Jatuh cinta dengan penulisan cerpen, tetapi tidak mengenalinya betul-betul juga bermasalah. Takut-takut berlaku kemalangan jiwa mereka yang membacanya. Jadi, mari kita bertanya khabar dan berkenalan lebih lanjut dengan genre penulisan yang dipanggil cerpen.

4 Kategori Penulis Cerpen

Kita semua pernah menjadi penulis. Kenapa apabila kita besar kita katakan kita tidak pandai menulis? Sejak sekolah, bermula dengan mengenal huruf lagi kita sudahpun menulis. Semasa sekolah rendah, kita sudah diajarkan oleh guru mengenai teknik menulis karangan yang lengkap dengan pendahuluan, isi penting dan penutup. Tanpa jemu, setiap hari guru memberitahu kita cara-cara menggali isi penting daripada pelbagai sumber sekunder seperti majalah, akhbar dan buku.

Mengapa Mahu Jadi Penulis Cerpen

Sebelum bermula, tanyakan soalan ini kepada diri sendiri. Seperti kanak-kanak yang sentiasa mahu tahu, tanyakan diri kita dengan soalan ‘mengapa?’ ini. Ya, mengapa kita mahu menjadi penulis? Lebih tepat, mengapa kita mahu menulis cerpen? Menurut panduan yang digariskan oleh Buya Hamka, pengarang dan ulama terkenal Indonesia, penulis yang jelas dengan tujuan menulis akan dapat menghasilkan karya yang baik.