Belajar segala hal penulisan di sini.
SekolahPenulisan.com ditubuhkan atas inisiatif kumpulan penulis daripada pelbagai latar belakang. Ada yang merupakan wartawan, penerbit, penulis buku motivasi, penulis novel, penterjemah, dan pelbagai lagi.
Senarai Artikel

Enam Langkah Pemula Memilih Penerbit
Adakah penulis mesti tahu semua perkara, iaitu luar dan dalam mengenai operasi rumah penerbitan?
Bunyinya seperti banyak perkara mesti kita jelas sebelum memilih rumah penerbit. Tetapi jangan berlebih-lebih sehingga tidak dapat bertindak. Hanya ambil tahu perkara-perkara yang mempunyai kesan langsung kepada kita dan karya yang dihasilkan.

Terbit Sendiri Adalah Bisnes
Apabila kita menulis dengan niat untuk diterbitkan menjadi buku yang dijual, kita harus sedar bahawa ianya sudah jadi satu transaksi bisnes.
Buku yang kita tulis itu tadi bukan sahaja menjadi satu karya seni kita, tetapi juga menjadi satu produk yang didagangkan antara kita, penerbit dan pembeli.

KENYATAAN MEDIA BERSAMA ITBM, DBP dan PKB
Susulan insiden rampasan buku “Manifesto Komunis” terbitan Thukul Cetak di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (PBAI), Sabtu lalu, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Perbadanan Kota Buku (PKB) selaku ketua agensi delegasi penyertaan Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab bahawa ia adalah insiden yang disengajakan bagi tujuan memalukan negara.

Enam Sebab Penulis Fiksyen Perlu Menyediakan Rekod Bacaan
Tidak dinafikan, membaca karya yang bagus dan pelbagai menjadikan seseorang itu lebih banyak idea dan jiwa. Apabila seorang penulis melakukannya, semakin mudah mereka mendapat idea menulis.
Kata Aan Mansyur, “Saya tidak percaya adanya writer’s block. Saya lebih percaya kepada reader’s block. Iaitu apabila saya tidak boleh menulis, bermakna saya kurang membaca.”

9 Perkara Wajib Ada Dalam Novel
“Apakah perkara utama yang perlu saya rancang sebelum menulis novel?”
Rancang dan rangka dahulu 9 perkara wajib ini. Jika tiada perancangan untuk 9 perkara ini, novel yang kita tulis mungkin lambat siap atau jika sudah siap ia tidak menarik untuk dibaca.


Kewartawanan Bukan Hanya Tentang Politik
Terjun ke bidang kewartawananan bukanlah sesuatu yang aku rancang. Sejak zaman universiti aku memang dambakan untuk bermain dalam industri perkapalan dan itulah yang aku buat sebelum takdir menjodohkan aku dengan kerjaya ini.
Umum berpendapat kerja wartawan ini hanyalah menulis – seolah kerjanya senang bangat deh. Orang cakap, kau kakak tuakan dan ulang.

Satu Perkara Tentang eBook Yang Paling Tidak Dipedulikan Pembeli
Ada satu perkara yang sentiasa menjadi sentimen oleh penulis dan penerbit dalam menidakkan penggunaan ebook sebagai salah satu saluran jualan mereka.
Perkara inilah yang dicanang-canang dan biasa menjadi alasan yang menentukan mereka mahu guna atau tidak mahu guna satu-satu sistem menjual ebook.


Surat Kepada Bakal Penterjemah
Khas buat bakal penterjemah di luar sana,
Penterjemah sememangnya bukan kerjaya yang popular. Pasti ia bukan cita-cita kita sejak kecil dahulu. Jadi, kenapa mahu menjadi penterjemah?

Framework Menulis Novel Berdasarkan Surah Yusuf
Dulu saya kerap menerima soalan ini, “Berdosakah kalau tulis novel tidak ikut teknik surah Yusuf?”
Saya menulis entri ini atas kapasiti sebagai Penyusun buku ‘Panduan Menulis Novel: Teknik Surah Yusuf‘. Penulisan mengenai teknik surah Yusuf ini dimulakan sudah lama. Jadi, sebelum buku ini keluar sudah banyak kecaman timbul.