Rumah Berita Yang Paling Telus?

Mana satu yang betul? Makin dekat pilihanraya, makin nampak ‘warna’ sebenar sesebuah rumah berita. Tidak kira akhbar atau portal atau TV mahupun radio masing-masing dah mula ‘cucuk jarum’ kepada audien. Semalam, sampai ke pengetahuan aku dua kes rintihan lelaki yang berbeza tetapi berkaitan isu yang sama. Isunya adalah tentang ketelusan rumah media dalam melaporkan isu. … Read moreRumah Berita Yang Paling Telus?

“Anak-anak kita sebenarnya miskin kosa kata.”

Malique VS Altimet

Apa sebenarnya perbezaan pada generasi kini berbanding generasi sebelumnya hingga begitu jauh beza kekayaan bahasa antara kedua-duanya? Menurut Tuan Ali Imran dalam hantaran terbaru di Facebook beliau, mungkin kerana dunia muzik yang mempengaruhi jiwa muda bukan lagi seperti dahulu. Mungkin ahli muzik, dalam kes ini, ‘Rapper’ yang perlu tunjukkan cara kembali ke pangkal jalan. Berikut … Read more“Anak-anak kita sebenarnya miskin kosa kata.”

Cara Bernama Membuang Unsur Rasis Dalam Penulisan

Keharmonian antara kaum di negara ini adalah satu perkara yang perlu dipelihara dan dipertahankan. Penulisan berita memainkan peranan penting dalam menyokong hal ini. Apatah lagi bila ia ditulis oleh organisasi seperti Bernama. Orang ramai pula amat mudah tersentuh dengan berita berbentuk jenayah. Bila ada kes pukul di UPNM, seraya semua orang mengutuk para suspek (yang … Read moreCara Bernama Membuang Unsur Rasis Dalam Penulisan

Mencari masa untuk menulis

Macam mana encik cari masa untuk menulis? Saya sudah cuba macam-macam cara tapi tidak dapat juga nak konsisten. Ini antara soalan yang biasa aku dapat dan aku ada cara mudah menjawabnya. Untuk pengetahuan, mencari masa untuk menulis bukanlah masalah spesifik orang yang baru hendak mula menulis sahaja. Orang yang kau lihat hari-hari keluar status panjang-panjang … Read moreMencari masa untuk menulis

Menjual Buku Sendiri Di Pesta Buku.

Memahami cara kerja Ikram Al-Banjari: ~ Pengamatan sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Jujur cakap, aku baru kenal beliau pada tahun lepas. Sebelum itu aku tak pernah tahu kewujudan dirinya. Projek Travellution buat kami berkenalan. Di bawah Thukul Bersekutu, Ikram dan aku sama-sama ada satu buku. Ikram dengan Kembara Peniaga Jalanan serta aku dengan … Read moreMenjual Buku Sendiri Di Pesta Buku.

Mimpi PALING NGERI Wartawan

Pada satu hari yang indah, langit cerah disinari cahaya mentari. Burung-burung berkicauan dengan girang ibarat terjumpa seguni cacing tanah segar kemerah-merahan dan Pak Atan berpeluang melayan kopi pekat bancuhan Mak Senah di bawah pohon durian, nasib aku terbalik 180 darjah.

Seperti mana warga kota yang lain keluar pagi mencari rezeki, aku turut serta dalam bondongan manusia menunggang motorsikal ke pusat bandar Kuala Lumpur. Bezanya pagi itu, aku tidak terus ke pejabat tetapi ke KLCC dahulu.