3-cara-menjadi-penterjemah

3 Cara Untuk Masuk Ke Dalam Bidang Penterjemahan

Kebelakangan ini, banyak mesej diterima bertanyakan soalan tentang cara untuk menceburi bidang penterjemahan.

Kebelakangan ini, banyak mesej diterima bertanyakan soalan tentang cara untuk menceburi bidang penterjemahan.

Dalam nukilan minggu lepas, saya kongsikan 3 usaha yang boleh dilakukan untuk masuk ke dunia penterjemahan.

Sekiranya kita benar-benar serius mahu masuk ke dunia penterjemahan, apakah yang sudah dilakukan dalam tempoh seminggu ini?

Adakah kita sudah bertindak mengatur langkah pertama untuk menjadi penterjemah?

Sekurang-kurangnya, mesti sudah bertindak melakukan tiga perkara yang dikongsikan itu.

Bagaimana saya mahu menceburkan diri dalam dunia penterjemahan, padahal saya ada kerja tetap?

1. Secara Sepenuh Masa

Sama sahaja seperti proses pencarian kerja dalam bidang yang lain, cari iklan kerja kosong sebagai “Penterjemah Sepenuh Masa” dan hantar permohonan. Ada banyak syarikat dan institut pendidikan yang memerlukan khidmat penterjemah sepenuh masa. Buat carian di laman mencari pekerjaan sama ada dalam versi bercetak atau digital. Pada zaman moden, sekarang semuanya mudah di hujung jari sahaja. Apabila permohonan diterima, langkah seterusnya adalah proses temuduga. Sekiranya berjaya, kita akan diterima bekerja sebagai penterjemah di syarikat itu. Jadi, berhenti sahajalah kerja lain yang sedang dilakukan. Bermula langkah pertama kita sebagai penterjemah sepenuh masa!

2. Secara Sambilan / Secara Bebas

Kita juga boleh mulakan langkah sebagai penterjemah secara sambilan atau secara bebas. Ini bermakna, kita ada kerja tetap sepenuh masa, ada waktu pejabat yang tetap, contohnya jam 9 pagi sehingga 4 petang.

Walaupun sudah ada kerja tetap, kita benar-benar berminat untuk menjadi penterjemah. Cuma kita belum yakin arah yang mahu dituju. Sesuai ke kita menjadi penterjemah? Walaupun ada kerja tetap, adakah kita masih boleh menjadi penterjemah?

Ya, walaupun sudah ada kerja tetap 9 pagi sehingga 4 petang, kita boleh menceburi bidang penterjemahan secara sambilan atau secara bebas. Kita boleh melakukan tugasan di sebelah malam.

Apakah yang boleh dilakukan? Mana mahu cari semua peluang itu?

Pergi sertai komuniti penterjemah. Hadiri bengkel dan kursus penterjemahan untuk berkenalan dengan geng penterjemah lain dan mempelajari tip dan teknik menterjemah yang betul. Walaupun kita fasih berbahasa, tidak semestinya kita akan menjadi penterjemah yang baik dalam bahasa itu.

Kalian juga boleh hadir ke bengkel kendalian saya, insya-Allah akan diadakan pada November ini. Nantikan pengumumannya di laman fb penterjemahsuper.

3. Secara Sukarela / Suka-suka

Kadang-kadang kita berasa bosan kerana terlalu banyak masa lapang. Kita boleh lakukan penterjemahan  secara sukarela atau suka-suka, tanpa sebarang bayaran. Pasti kita pernah melihat notis sebegini apabila kita log masuk ke laman sosial atau ke laman web tertentu. “Mahu membantu menterjemah laman ini kepada bahasa anda? Hubungi kami!”

Kebiasaannya notis sebegitu akan disiarkan di laman web yang baru dan tidak bersifat keuntungan. Pada awal kemunculan FB, mereka turut menyiarkan notis seperti itu. Sama juga dengan laman yang menyiarkan siri video TED. Mereka memerlukan bantuan orang ramai untuk menterjemah laman web mereka kepada bahasa tempatan. Mana tahu, apabila kita sudah banyak menterjemah untuk mereka secara sukarela, apabila sudah ada cukup dana, mungkin kita akan diberikan imbuhan untuk semua tugasan itu. Angan-angan itukan percuma!

Cara lain yang kita boleh lakukan adalah memilih satu topik yang diminati, cari informasi mengenai topik itu di laman web dan terjemahkan artikel itu. Kemudian, siarkan artikel yang sudah diterjemahkan itu ke laman blog kita. Sedikit-sedikit, lama-lama penuh laman blog kita dengan pelbagai artikel yang kita terjemahan. Sudah seperti resume khusus penterjemahan dalam talian!

Usaha Mesti Ada!

Tidak kira apapun pilihan kita, usaha itu mesti ada. Cakap cakap sahaja tidak ada gunanya. Masa tidak menunggu kita. Sekarang kita sudah tahu caranya.

Ayuh, kita mulakan langkah pertama hari ini!

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

6 thoughts on “3 Cara Untuk Masuk Ke Dalam Bidang Penterjemahan”

    • Terima kasih atas soalan yang diberikan.

      Bagi individu lepasan SPM, beberapa persoalan perlu ditanya:

      1. Adakah individu itu mempunyai kemahiran bahasa yang baik?
      2. Adakah individu itu sudah ada pengalaman menterjemah?
      3. Adakah individu itu berhasrat untuk mempelajari bidang penterjemahan secara serius atau sekadar sambilan?

      Selain 3 cara di atas, ada juga beberapa kursus yang boleh dihadiri bagi mempelajari dan mendalami ilmu penterjemahan.

      1. Bengkel penterjemahan yang dianjurkan oleh Sekolah Penulisan, eksklusif setahun sekali sahaja.
      Maklumat akan dikongsikan apabila sudah ada kelak.

      2. Kursus penterjemahan jangka pendek yang dikendalikan oleh ITBM atau PPM-DBP.
      (Mohon cari laman web mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut. )

      3. Kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera Terjemahan dengan Interpretasi dari USM
      (Mohon cari laman web mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut. )

      Ambil pilihan yang paling baik untuk diri kita sendiri.

      Selamat berjaya!

  1. Saya berkelulusan diploma penterjemahan keluaran dbp/iutm dan saya ahli seumur hidup PPM. Berminat Dan bersedia menterjemah novel Dan bacaan umum. Berpengalaman menterjemah kertas jerks, risalah, disertasi dll.

  2. Saya berminat untuk menceburi bidang ini dan mungkin ingin menjadikan bidang ini sumber pendapatan sambilan. Dalam perancangan untuk persaraan awal, saya ingin menghadiri kelas-kelas yang boleh membimbing saya untuk memulakan kerjaya di bidang ini.

    • Assalamualaikum.

      Dalam masa terdekat ini, Bengkel Penterjemah Super 2018 akan diadakan. Maklumat mengenai bengkel itu adalah seperti berikut:

      Langkah Pertama Menjadi Penterjemah

      1. Mahu tahu cara yang betul untuk menjadi penterjemah?

      2. Mahu tahu teknik yang betul untuk menterjemah?

      3. Mahu tahu lubuk tersembunyi untuk mencari tugasan menterjemah?

      Ketahui semua ini dan banyak lagi di Bengkel Penterjemah Super 2018.

      Dianjurkan eksklusif sekali setahun!

      Pendaftaran Bengkel Penterjemah Super 2018 masih dibuka.

      Daftar sekarang di http://bit.ly/penterjemahsuper2018

Leave a Comment