Suatu hari anda ke kedai buku berhampiran dengan rumah. Tiada idea dalam kepala hendak membeli buku apa-apa pun.
Sekadar hendak mencuci mata.
Anda pun berjalan dari satu rak ke satu rak buku.
Cuba jawab, “Apakah satu perkara yang menangkap mata kita?”
Jawapannya mudah, cover buku yang baik.
Dalam mendesain cover buku, pemilihan tajuk atau judul juga memainkan peranan penting.
Sebagai seorang penulis, mengetahui cara mereka bentuk kulit buku yang cantik adalah aset yang tidak ternilai. Kulit buku adalah “wajah” pertama yang dilihat oleh pembaca, dan ia memainkan peranan penting dalam menarik perhatian mereka.
Kulit buku yang direka dengan baik memberikan gambaran awal tentang isi kandungan buku. Ia membantu pembaca memahami genre dan tema buku anda dengan sekali pandang.
Kajian menunjukkan bahawa pembaca lebih cenderung untuk membeli buku dengan reka bentuk kulit yang menarik. Oleh itu, pelaburan dalam reka bentuk kulit buku yang baik boleh meningkatkan jualan buku anda.
Saya letak semua itu dalam satu senarai semak (checklist) percuma ini bagi memudahkan anda design sendiri cover buku.
Senarai Semak Desain Cover Buku ini saya beri kebenaran untuk anda:
- boleh cetak sendiri.
- beri kepada kawan.
Tetapi hak cipta (copyright) masih lagi saya yang pegang. Jangan buang nama saya pada ebook.