Category Berita

Naik Turun Industri Buku 2016

Masih lagi saya teringat pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd pada tahun 2010 mengatakan bahawa industri buku akan mengalami perubahan besar setiap 5-7 tahun. PTS mengambil kesempatan atas perubahan besar pada tahun 2005 dan berjaya kawal kerosakan pada tahun 2010. Kini, pada tahun 2016 industri perbukuan tempatan sekali lagi mengalami perubahan besar.

Puisi Itu Hanya Dua Baris …

Selepas isu buku Hafiz Hamidun yang dikatakan hanya selfie, kemudian kes buku yang puisinya hanya dua baris, dan seterusnya lawak doraemon dalam buku Acah-Acah Deep, ramai yang komen, “Kalau macam ni aku pun boleh tulis buku.” Ada juga yang tulis, “Nenek aku pun boleh tulis.” Secara umumnya kenyataan itu betul. Semua orang boleh tulis buku. Soalan yang lebih valid adalah, adakah ia akan terbit? Kita akan jawab soalan itu nanti.

PASCA IIBF 2016: ADA APA PADA INDUSTRI BUKU KREATIF INDONESIA?

Baru-baru ini, saya bersama empat rakan penulis telah secara sukarela terbang ke Jakarta bagi menyertai kemeriahan Indonesia International Book Fair (IIBF) 2016 di Balai Sidang Jakarta, Senayan. Kami berkampung di sana selama lima hari, dari 29 September hingga 3 Oktober 2016 atas nama aktiviti Writers Trip: Jakarta Book Hunting. Kami berkampung di sana selama lima hari, dari 29 September hingga 3 Oktober 2016 atas nama aktiviti Writers Trip: Jakarta Book Hunting. Tahun ini adalah kali kedua saya ke IIBF, selepas 2011 dahulu, pun secara sukarela. Segala kos ditanggung sendiri. Bezanya, kali ini ada Malaysia sebagai Tetamu Kehormat IIBF. Jadi, ada Pavilion Malaysia dan banyak acara pentas yang melibatkan panel dari Malaysia di sana.

KENYATAAN MEDIA BERSAMA ITBM, DBP dan PKB

Susulan insiden rampasan buku “Manifesto Komunis” terbitan Thukul Cetak di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (PBAI), Sabtu lalu, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Perbadanan Kota Buku (PKB) selaku ketua agensi delegasi penyertaan Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab bahawa ia adalah insiden yang disengajakan bagi tujuan memalukan negara.

Caliph Buskers vs Seminar FB Jadi Buku

Dalam masa sehari, Tuhan beri cabaran dan beri jawapan. Waktu di seminar FB Jadi Buku kelolaan saudara Zamri Mohamad, featuring Aqif Azizan dan Tim PTS, senarionya begini. Sesi pertama oleh saudara Zamri, rata-rata peserta jadi semangat, kalaulah dibenarkan, mungkin ada yang melompat.