
Mencipta watak adalah salah satu daripada cabaran penulis.
Kita melihat terlalu banyak watak klise seperti lelaki tampan, kaya, dan dingin, dan pasangannya pula perempuan comel, tidak kaya, dan kelam kabut.

Perkara kedua yang biasa disebut-sebut menjadi halangan memulakan penulisan ialah penciptaan plot.

Baru-baru ini, saya berkesempatan berkongsi tentang penulisan fiksyen dan sedikit bab Teknik Surah Yusuf kepada para pelajar Malaysia di Dongyang Mirae University, Seoul.
Disebabkan masa terhad, saya berkongsi berdasarkan apa yang sering mereka hadapi apabila mahu berkarya.

Faktor kritikal bagi sebuah novel yang perlu diutamakan bukanlah turun naik plotnya. Tetapi, apa yang dihidangkan pada bab pertama.
Saya jumpa banyak novel yang cuma cerita santai-santai pada bab pertama. Tidak nampak ke mana hala plot dalam tebalnya ratusan halaman.

Baru-baru ini, saya bersama empat rakan penulis telah secara sukarela terbang ke Jakarta bagi menyertai kemeriahan Indonesia International Book Fair (IIBF) 2016 di Balai Sidang Jakarta, Senayan. Kami berkampung di sana selama lima hari, dari 29 September hingga 3 Oktober 2016 atas nama aktiviti Writers Trip: Jakarta Book Hunting.
Kami berkampung di sana selama lima hari, dari 29 September hingga 3 Oktober 2016 atas nama aktiviti Writers Trip: Jakarta Book Hunting.
Tahun ini adalah kali kedua saya ke IIBF, selepas 2011 dahulu, pun secara sukarela. Segala kos ditanggung sendiri. Bezanya, kali ini ada Malaysia sebagai Tetamu Kehormat IIBF. Jadi, ada Pavilion Malaysia dan banyak acara pentas yang melibatkan panel dari Malaysia di sana.

"Apakah perkara utama yang perlu saya rancang sebelum menulis novel?"
Rancang dan rangka dahulu 9 perkara wajib ini. Jika tiada perancangan untuk 9 perkara ini, novel yang kita tulis mungkin lambat siap atau jika sudah siap ia tidak menarik untuk dibaca.

Walaupun kita penulis fiksyen, jangan hadkan diri membaca novel yang sama genre sahaja. Baca novel genre lain, dan baca juga buku-buku non-fiksyen bagi menambahkan pengetahuan.