Dalam masa sehari, Tuhan beri cabaran dan beri jawapan.
Waktu di seminar FB Jadi Buku kelolaan saudara Zamri Mohamad, featuring Aqif Azizan dan Tim PTS, senarionya begini.
Sesi pertama oleh saudara Zamri, rata-rata peserta jadi semangat, kalaulah dibenarkan, mungkin ada yang melompat.
Sesi kedua oleh saudara Aqif, ada yang dah mula jejakkan kaki ke tanah.
Sesi ketiga oleh Tim PTS, ramai yang terasa bintang itu terlalu jauh untuk digapai.
Saya juga begitu.
“Gila, mana nak cari 25 ribu follower?” Itu pun belum tentu diterima.
Hari yang sama puan Atie Zam cuba bangkitkan semangat penulis yang mungkin dah rasa nak tukar profession kepada peng’Like’ dan peng’comment’ tegar.
Saya berpendapat, tindakan beliau tepat.
Datang hari Ahad, berlakulah AJL29 (Anugerah Juara Lagu 29).
Saya hanya dapat peluang tonton video persembahan terbaik, kumpulan Mojo feat. Caliph Buskers pagi tadi.
Buat sedikit kajian.
Ternyata mereka bermula setahun lalu. Kini page mereka dah ada 44 ribu ‘Like’ (ya, mungkin sebahagian besarnya mula jadi peminat bermula semalam termasuk saya).
Yang penting, dalam masa setahun, mereka dapat 44 ribu Like.
Yang penting, hasil kerja konsisten mereka, Tuhan kurniakan satu peluang yang mereka gunakan sebaiknya…
Dalam masa satu malam sahaja, mereka menangi hati kita.
40 ribu Like dalam satu malam.
Tetamu jemputan di radio ternama pagi tadi.
Tidak mustahil.
Saya katakan, ia tidak mustahil.
Walaupun untuk diri saya sendiri, saya tak nampak lagi gerak kerjanya macam mana,
Tapi ia telah dibuktikan, boleh dilakukan.
Are you game?