Semasa PBAKL tempoh hari saya menaikkan satu post yang akhirnya menyebabkan ramai bertanya, “Data mana kau pakai?”
Saya tulis status FB ini kerana sepanjang berjalan di PBAKL 2023 baru ini, merata bunting dan banner ‘buku healing’.
Jadi mari saya ceritakan satu demi satu kenapa saya naikkan status Facebook itu.
1. Jika ditanya buku healing ini buku apa? Tidak ramai boleh berikan jawapan yang tepat. Jika definisi tiada, maka ramai hanya menunggang perkataan ‘healing’ sahaja.
2. Kebanyakan penerbit buku rata-ratanya tradisional, tidak masuk Tik Tok. Jadi bila ada seorang rakan penerbit kata, “Sekarang trend buku healing di TikTok. Terjual puluh ribu unit sebulan!”
3. Puluh ribu unit itu darablah dengan harga buku. Itu yang berbondong-bondong penerbit tunggang perkataan ‘healing’. Ditambah lagi bila ada yang sebut, “Buku healing yang tak banyak teks pun orang beli!”
4. Sepatutnya kita lihat kenapa buku yang itu terjual puluh ribu unit. Ia bukan sebab buku itu ‘healing’.
5. Penulis yang jualan buku puluh ribu unit itu gunakan ‘healing’ dalam salah satu kempen marketing sahaja daripada beratus kempen marketing lain yang dia lakukan. Ya, Iddin Ramli itu ada beratus kempen marketing lain yang tak sebut pun perkataan ‘healing’.
6. Jadi, buku dia terjual puluh ribu bukan sebab ‘healing’. Buku dia terjual puluhan ribu unit sebab Iddin Ramli ini kuat berusaha buat marketing pagi petang malam.
7. Belum ada penulis lain yang saya jumpa buat konten setiap hari, buat live pagi, petang & malam.
8. Buku Iddin Ramli itu dipasarkan dengan tema ketenangan jiwa, tetapi yang saya tengok penulisnya amalkan henyak sampai lunyai buat marketing.
9. Boleh kata setiap kali saya lalu reruai Iddin Ramli di PBAKL ini, dia akan berdiri layan semua pembeli. Pagi sampailah habis malam.
10. Setiap hari selepas lampu WTC itu ditutup, dia pergi sambung buat live di TikTok pula. Memang tidak kenal penat. Henyak sampai lunyai.
11. Dan pemerhatian saya ini bukan hanya pada Iddin Ramli, juga kepada beberapa lagi penulis buku di TikTok.
12. Jadi sebenarnya bukan buku healing yang khalayak TikTok cari, tetapi buku yang dijual oleh mereka yang kuat berusaha.
13. TikTok bukan tempat untuk kaji trend pasaran, TikTok adalah tempat untuk penulis cipta pasaran baru.
14. Trend buku healing tak pernah wujud di TikTok.
15. Manakala trend healing pula sudah lama tamat di TikTok. Jika dahulu kerap lalu video air terjun, tepi sungai, hujan, dll. Sekarang sudah hampir tiada.