Category Wartawan

ESOK – BERSIH 5

Tak kiralah kau baju Kuning atau baju Merah atau Oren atau Hitam atau acah-acah fighter, meh aku cerita apa yang kau kena buat esok. Di sana nanti akan ada banyak benda yang berlaku depan mata dan akan ada situasi kau…

3 Cara Cepat Bina ‘Rapport’

Bagaimanaa wartawan menggunakan masa yang singkat untuk membina 'rapport'? Kerja kami ni, hari-hari jumpa maca-macam jenis orang. Dari sebaik-baik manusia sampailah sekeji-keji manusia.

Mimpi PALING NGERI Wartawan

Pada satu hari yang indah, langit cerah disinari cahaya mentari. Burung-burung berkicauan dengan girang ibarat terjumpa seguni cacing tanah segar kemerah-merahan dan Pak Atan berpeluang melayan kopi pekat bancuhan Mak Senah di bawah pohon durian, nasib aku terbalik 180 darjah. Seperti mana warga kota yang lain keluar pagi mencari rezeki, aku turut serta dalam bondongan manusia menunggang motorsikal ke pusat bandar Kuala Lumpur. Bezanya pagi itu, aku tidak terus ke pejabat tetapi ke KLCC dahulu.

Kewartawanan Bukan Hanya Tentang Politik

Terjun ke bidang kewartawananan bukanlah sesuatu yang aku rancang. Sejak zaman universiti aku memang dambakan untuk bermain dalam industri perkapalan dan itulah yang aku buat sebelum takdir menjodohkan aku dengan kerjaya ini. Umum berpendapat kerja wartawan ini hanyalah menulis - seolah kerjanya senang bangat deh. Orang cakap, kau kakak tuakan dan ulang.

5 Latihan Topik Untuk Ditulis

*Aktiviti Pemanas Badan* Sebelum kita pergi jauh, mari buat satu aktiviti. Saya ajak anda semua untuk buka surat khabar hari ini, cari satu berita yang anda buat anda rasa macam ‘hak eleh…entah apa-apalah berita ini, benda macam ini pun nak dijadikan berita?’

3 Langkah Asas Menulis Berita

Saya kongsikan tiga cara mudah untuk mula menulis berita. Tak kiralah sepanjang atau sependek mana berita yang nak ditulis, siapa pun yang ditemuramah sebagai subjek, ini asasnya. Tiga perkara wajib untuk dikutip dari lokasi berlakunya perkara yang hendak diberitakan (selepas ini akan dirujuk sebagai ‘tempat kejadian’)

Bagaimana Wartawan Bekerja?

Anda masih ingat filem Superman zaman Christopher Reeve? Watak Clark Kent dan Lois Lane yang elegan bekerja di Daily Planet. Berkot sepanjang hari, hatta waktu sedang kerja di lapangan pun masih berdandan cara sama. Suasana dalam pejabat yang sentiasa berlatar belakangkan bunyi mesin taip dipetik laju, kertas-kertas berterbangan dan suara jerit menjerit dalam pejabat. Ini suasana tahun 1978, pada tahun filem pertama Superman dikeluarkan.

Wartawan Dalam Diri Kita

“Kak Lopez, semalam saya tengok Pak Jackson naik motor dengan bini baru… muda lagi, bergetah!” kata Mak Britney sambil memilih ikan di pasar tani. “Isy, kau biar betul. Mana kau tahu itu bini muda dia? Tapi rapat tak perempuan tu peluk Pak Jack? Kalau rapat, sahlah bini baru itu,” jawab Kak Lopez. “Nak kata rapat, tak sempat nak tengok lama-lama. Nampak pun sekali lalu sahaja. Tapi mesti rapat punya, naik motor takkan renggang-renggang,” balas Mak Britney. Matanya dijegilkan sedikit.