
Tak kenal maka tak cinta. Ini masalah cinta.
Sudah kenal tetapi tidak ambil tahu pun akan bermasalah juga. Jatuh cinta dengan penulisan cerpen, tetapi tidak mengenalinya betul-betul juga bermasalah.
Takut-takut berlaku kemalangan jiwa mereka yang membacanya.
Jadi, mari kita bertanya khabar dan berkenalan lebih lanjut dengan genre penulisan yang dipanggil cerpen.

Kita semua pernah menjadi penulis. Kenapa apabila kita besar kita katakan kita tidak pandai menulis?
Sejak sekolah, bermula dengan mengenal huruf lagi kita sudahpun menulis. Semasa sekolah rendah, kita sudah diajarkan oleh guru mengenai teknik menulis karangan yang lengkap dengan pendahuluan, isi penting dan penutup.
Tanpa jemu, setiap hari guru memberitahu kita cara-cara menggali isi penting daripada pelbagai sumber sekunder seperti majalah, akhbar dan buku.

Apa definisi kejayaan dalam penulisan cerpen? Bagaimana sebuah cerpen dikatakan mecapai tahap berjaya?
Sepertimana manusia memberi definisi kepada kecantikan, definisi kejayaan juga subjektif.

Pada zaman sekolah dulu, cikgu Bahasa Melayu saya pernah berpesan. Sebaik saja kita membaca soalan karangan, sebenarnya ada berpuluh-puluh dan berates-ratus idea sudah ada dalam fikiran.
Disebabkan itu, berlakulah kesesakan idea dalam fikiran hingga membuatkan ia tersangkut dan tidak dapat dikeluarkan di atas kertas.

Sebelum bermula, tanyakan soalan ini kepada diri sendiri. Seperti kanak-kanak yang sentiasa mahu tahu, tanyakan diri kita dengan soalan ‘mengapa?’ ini. Ya, mengapa kita mahu menjadi penulis? Lebih tepat, mengapa kita mahu menulis cerpen?
Menurut panduan yang digariskan oleh Buya Hamka, pengarang dan ulama terkenal Indonesia, penulis yang jelas dengan tujuan menulis akan dapat menghasilkan karya yang baik.

Saya penulis baru, bolehkah saya menulis buku bersiri? Saya memang berminat mahu menulis buku bersiri tetapi saya tidak mampu menulis seorang diri, adakah saya masih boleh menulis buku bersiri?

Apakah yang menyebabkan karya P. Ramlee masih lagi disiarkan walaupun beliau sudah meninggalkan kita bertahun-tahun lamanya?

Menyiapkan sinopsis ini umpama kerja memotong bawang. Walaupun ada waktunya mata kita pedih terkena percikan air bawang, ia tetap perkara wajib yang perlu dilakukan.

Beberapa tahun dulu saya pernah mendengar perkongsian daripasa seorang penulis yang sudah ada lebih daripada 40 buah buku.

Novel tanpa sinopsis seperti pengembara hilang kompas. Dia tidak tahu ke mana kakinya melangkah. Adakah ke syurga ataupun tersungkur di pintu syurga.