Pernahkah kita merasa seolah-olah hidup kita ini sebuah drama, dengan ada waktu kita diuji, ada waktu diberi kemenangan, dan kemudian kita mengalami transformasi?
Cara yang sama digunakan oleh ramai motivator di luar sana ketika bercerita di atas pentas.
“Saya dulu hidup susah…….”
Selepas lama bercerita, akan masuk bahagian dia bertemu seorang mentor.
Akhirnya berjaya menemui resipi kejayaan.
Inilah yang dinamakan konsep Hero’s Journey, konsep yang dibangunkan oleh Joseph Campbell.
Joseph Campbell mengkaji mitos dan cerita dalam karya merangkumi beberapa budaya di dunia.
Beliau mengkaji apa yang membuatkan karya itu begitu sedap dan meyakinkan. Dan mengapa karya itu begitu terkesan dalam hati.
Akhirnya beliau menulis dalam bukunya “The Hero with a Thousand Faces”, dan memperkenalkan idea Hero’s Journey ini.
Ya, buku lama tahun 1949.
The Hero’s Journey ialah template untuk bercerita. Beliau beritahu sebenarnya ada satu corak yang sama terdapat dalam mana-mana karya mitos dari seluruh dunia.
Kebanyakan hero dalam karya-karya ini melalui beberapa peringkat kehidupan dari awal permulaan cerita sehinggalah tamat.
Jom kita pecahkannya:
- The Ordinary World: Di sinilah cerita watak utama itu bermula, dalam kehidupan sehari-hari mereka. Biasanya ia akan bermula seperti “Suatu masa dahulu….”.
- The Call to Adventure: Sesuatu berlaku yang mengganggu dunia biasa watak tersebut. Ia adalah jemputan atau cabaran untuk memulakan perjalanan. Contoh, termasuk dalam dunia penuh sihir seperti Harry Potter.
- Refusal of the Call: Biasanya, watak hero itu menolak. Mereka takut, atau mereka mempunyai tanggungjawab dan keraguan. Kena ingat, watak utama kita ini orang biasa-biasa.
- Meeting with the Mentor: Akhirnya dia bertemu dengan seseorang yang memberikan bimbingan, kebijaksanaan, atau dorongan ke arah yang betul. Kita panggil sebagai mentor.
- Crossing the First Threshold: Watak utama itu akhirnya meninggalkan dunianya di belakang dan melangkah ke alam baharu yang tidak diketahui. Masa ini barulah kita bina world building sedikit demi sedikit.
- Tests, Allies, and Enemies: Perjalanan akan menjadi sukar di sini. Terdapat cabaran yang perlu diatasi. Bertemu watak baharu yang menjadi rakan atau juga bertemu musuh utama.
- Approach to the Inmost Cave: Hero bersedia untuk cabaran yang penting dalam perjalanan.
- The Ordeal: Krisis besar berlaku. Biasanya berhadapan dengan situasi hidup atau mati. Ia merupakan titik perubahan dalam hidup.
- The Reward: Selepas bertahan daripada krisis, hero mendapat ganjaran.
- The Road Back: Perjalanan masih belum berakhir. Hero perlu kembali ke dunia biasa.
- The Resurrection: Inilah bahagian klimaks. Hero menghadapi ujian akhir, menggunakan semua yang telah mereka pelajari.
- Return with the Elixir: Hero pulang ke kampung halaman dengan diri yang baharu. Dan biasanya dia bawa sesuatu (elixir) yang berguna untuk komunitinya.
Mengapa perkara ini penting?
Cuba kita fikirkan tentang filem atau buku kegemaran kita.
Harry Potter, Star Wars, Lord of the Rings, dan juga The Lion King mengikuti struktur ini.
Hero’s Journey bukan sekadar bingkai cerita; ia merupakan metafora untuk pengalaman manusia. Kita semua menghadapi cabaran, mencari bimbingan, berjuang, dan berharap kita membesar dengan berjaya.
Ia menjejaskan sesuatu yang dalam dalam diri kita, naratif bersama perjuangan dan kemenangan, ketakutan dan keberanian, pertumbuhan dan transformasi.
Jadi lain kali kita melalui masa yang sukar, ingat: kita mungkin hanya berada di tengah-tengah Hero’s Journey kita sendiri.
Dan seperti dalam cerita-cerita, setiap cabaran adalah peluang untuk kita belajar dan transformasi diri.
Siapa tahu apa jenis hero yang kita akan jadi pada akhir perjalanan hidup.