Kewartawanan Bukan Hanya Tentang Politik

Terjun ke bidang kewartawananan bukanlah sesuatu yang aku rancang. Sejak zaman universiti aku memang dambakan untuk bermain dalam industri perkapalan dan itulah yang aku buat sebelum takdir menjodohkan aku dengan kerjaya ini.

Umum berpendapat kerja wartawan ini hanyalah menulis – seolah kerjanya senang bangat deh. Orang cakap, kau kakak tuakan dan ulang.

Sehingga hari ini aku masih menerima sinisan orang ramai yang menganggap wartawan sebagai anjing sesetengah pihak. Kata mereka industri ini tidak telus. Banyak sembunyikan fakta sebenar.

Ada juga yang pantang dengar perkataan wartawan, benda pertama yang terlintas di fikiran mereka adalah “Boleh tak masukkan produk saya dalam akhbar?” Maka tidak hairanlah ramai juga wartawan yang malas nak hebahkan kerjaya mereka secara terbuka.

Dalam satu sesi soal jawab mudah dengan kira-kira 20 responden, aku tanyakan apa yang dimarahkan sangat tentang berita, tentang akhbar, tentang surat khabar dan tentang wartawan itu sendiri.

Rata-rata jawapan yang aku terima menyatakan – mereka bencikan berita politik yang dijaja pihak media.

Jawapan ini memang sudah dijangka, sebab tak payah nak tanya pada orang ramai – kami para wartawan pun ada yang dah naik jelek dengan permainan orang-orang mabuk kuasa ini.

Pun begitu, ada sesuatu yang kita semua harus tahu tentang dunia kewartawanan dan ini amat penting untuk memastikan persepsi terhadap kerjaya ini, seterusnya industri media secara seluruhnya mendapat tempat yang adil di mata masyarakat.

Perkara itu adalah: KEWARTAWANAN BUKANLAH TERTAKLUK KEPADA CERITA POLITIK SEMATA-MATA!

Skop Cerita Selain Politik

Mari kita ambil senaskah akhbar, kita buka helaiannya dari muka ke muka. Perasan tak yang ada pelbagai jenis berita selain politik, antaranya:

  • Jenayah
  • Alam Sektiar
  • Agama
  • Keluarga
  • Bisnes
  • Sukan
  • Kerja masyarakat
  • Seni
  • Masalah setempat
  • Pelancongan
  • Budaya
  • (tambah sendiri)

Ruang politik hanyalah satu daripada cabang-cabang di atas. Cuma malang sedikit, di negara ini berita politik lebih mendapat tempat di muka depan atau sari berita utama di tv dan radio, itu perkara di luar kawalan kita.

Jika kita menjatuhkan satu ‘blanket perception’ terhadap industri media dek kerana cerita-berita politikus tikus mius ini lalu memboikot media secara seluruhnya (seperti kempen oleh sesetengah pihak), sebenarnya ada banyak perkara lain yang akan kita ‘miss’ dalam masa yang sama.

Menulis Cerita Positif

Buat penulis sendiri, tiap kali bila ditanya tentang konten-konten di media yang berkonotasi negatif, apa yang boleh dikatakan hanyalah masih ada ramai wartawan di luar sana yang berusaha bersungguh-sungguh menyedia konten bertema positif buat pembaca.

Kami sedar perlu ada orang yang buat kerja ini. Kami sedar yang media memainkan peranan penting mengubati masyarakat yang semakin sakit ini.

Buat yang masih sakit hati tentang keberadaan berita-berita yang bikin sakit hati, apa yang boleh dibuat adalah – self filteration.

Nanti kita bincang topik ini dalam ruang yang lain.

Jumpa lagi, selamat memberita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *