Bagaimana wartawan menggunakan masa yang singkat untuk membina ‘rapport’?

Kerja kami ni, hari-hari jumpa macam-macam jenis orang. Dari sebaik-baik manusia sampailah sekeji-keji manusia.

Lain manusia, lain perangai, lain iklim, lain budaya, lain kisah hidup, lain nilai moral, lain sentimen, lain belaka semuanya.

Yang kena menyesuaikan diri adalah kami. Bukan subjek temubual. Ada banyak akibat kalau subjek kena ikut gaya wartawan, semuanya tak menggembirakan.

Di sini aku kongsi tiga cara yang biasa kami guna. Nak tahu lebih, tunggu buku… haha!

1. Puji barang peribadi subjek

Kau jangan puji kasut dia mahal ke, jam dia beli di Itali ke, tapi cari benda yang lebih membawa nilai minat.

Contoh kalau atas meja dia beratur botol Coca cola yang jenis kaca, kau boleh tembak soalan “Minat kumpul botol Coke kah? Dan dari situ akan mula titik sembang.

Oleh itu wartawan kena selalu ambil tahu perkembangan semasa. Ambil tahu jenis-jenis hobi yang ada, benda-benda hype dan pengetahuan khusus tentang sesuatu bidang.

Ambil contoh, sukan golf. Secara umum cara untuk menarik perhatian subjek dari gologan atasan adalah dengan bertanya tentang golf. Maka kau bolehlah mulai sekarang belajar tentang jenama-jenama kayu golf, jenis kayu golf yang ada, belajar tentang erti ‘handicap’ dan jangan memandai nak kata Tiger Woods masih pemain nombor satu dunia!

2. Cerita keluarga

Ini klasik. Tengok gambar keluarga dia yang biasanya ada atas meja. Lepas itu kaitkan dengan keluarga kau. Nanti dia seronok, kau pun mudah nak sembang.

Yang biasa aku guna adalah, tanya anak dia paling kecil umur berapa. Aku buat begitu sebab anak aku semua masih kecil. Jadi lebih senang nak cari peluang dapatkan titik persamaan.

Maka bagi orang yang ada anak dah besar, lebih senang tanya ‘Anak paling besar umur berapa?’ untuk meningkatkan peluang dapat titik temu.

3. Get a private moment

Ini taktik paling baik, dan boleh juga paling syaitan. Paling berkesan kalau kau dalam sesi yang mana ada beberapa press di situ dan kau nak dapatkan ‘edge’ untuk bina personal connection to distinguish yourself from the crowd.

Ia boleh jadi baik sebab kalau kau pandai cari ruang, (and if the universe is with you).

Ia juga boleh jadi malapetaka kalai kau masuk ‘dalam’ sangat, kau akan dianggap masuk dalam ‘personal space’ orang itu dan itu biasanya membawa akibat yang durjana.

Cara yang paling biasa diguna adalah dapatkan peluang makan di meja yang sama, ambil 30 saat perkenalkan diri sambil tukar kad nama, naik lif yang sama dan yang tak patuh syariah tapi boleh juga berjaya adalah – hisap rokok sama-sama.

Ilmu ini bukan wartawan sahaja guna. Ia adalah ilmu asas dalam pembinaan komunikasi yang boleh digunakan pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja asalkan kerja kau ada kaitan dengan hablu minan-naas.

Semoga bermanfaat.