
Menyiapkan sinopsis ini umpama kerja memotong bawang. Walaupun ada waktunya mata kita pedih terkena percikan air bawang, ia tetap perkara wajib yang perlu dilakukan.

Beberapa tahun dulu saya pernah mendengar perkongsian daripasa seorang penulis yang sudah ada lebih daripada 40 buah buku.

Novel tanpa sinopsis seperti pengembara hilang kompas. Dia tidak tahu ke mana kakinya melangkah. Adakah ke syurga ataupun tersungkur di pintu syurga.

Ada rakan penulis kami yang memang prolifik menulis selama 20 minit sahaja sehari. Dia memberitahu minggu pertama memang seakan tiada apa yang mampu ditulis.

Kita semua ada kuasa untuk memilih. Adakah kita mahu mati berjuang ataupun mati menonton televisyen?