“Untunglah jadi penerbit buku, lagi kaya daripada penulis!”
“Baik kau terbit buku sendiri, untung 100%!”
Betulkah begitu? Realitinya, jika royalti penulis hanya 10%, untung penerbit buku juga sekitar 10% sahaja.
Itupun jika semua cetakan buku terjual.
Sekali cetakan biasanya 2,000 naskhah.
Kenapa?
Nak menerangkan ini, kita perlu lihat kepada pecahan harga sesebuah buku. Katakan harga buku itu RM20.
Biasanya:
- 20% adalah kos cetakan.
- 55% adalah diskaun kepada kedai buku (termasuk pengedar).
- 10% royalti penulis.
Tinggal berapa? 15%.
Sekarang tolak kos ini:
- Editorial
- Design cover
- Design layout
Ini belum termasuk kos gudang lagi.
Malah diskaun kepada kedai buku itu mungkin boleh cecah 60%.
Jadi, betulkah terbit sendiri lebih untung berbanding terbit dengan penerbit buku?
Betul, sekiranya kita yakin boleh jual lebih 2,000 naskhah dalam tempoh setahun.
Jika tidak, boleh mula belajar terbit sendiri dengan cetak sedikit dahulu dalam 100 – 300 naskhah.
Habis terjual semua, baru kita naikkan jumlah cetakan berperingkat.