Ini tulisan penting buat yang mahu terbit buku sendiri (swaterbit).
Manuskrip dah siap tulis. Kemudian hantar ke editor untuk proses suntingan (editing). Sudah buat desain layout dalam buku. Cover buku pun dah cantik.
Akhir sekali sampailah ke topik nak cetak (print) buku.
Anda pun pergi cari kilang cetak. Macam mana nak cari?
Belek sahaja mana-mana buku terbitan lokal dalam rumah, nanti akan nampak bahagian imprint.
Ala, bahagian yang ada ‘hak cipta terpelihara @ nama penulis’.
Semua syarikat penerbitan wajib letak siapa pencetak buku mereka. Mudah bukan nak cari kilang cetak?
Digital Printing Vs Offset Printing
Ada dua jenis cetakan iaitu digital printing dan offset printing.
Apa beza kedua-dua ini?
Jika kita sekadar mahu cetak bawah 300 naskhah, kilang akan guna digital printing sahaja.
Digital printing ini macam kita print dokumen di rumah. Buka laptop, hubungkan dengan printer. Dan klik icon ‘print’.
Jadi proses cetakan adalah laju. Sepantas tiga hari boleh dapat (kalau kilang itu tak banyak kerja la).
Biasanya seminggu dah boleh siap.
Offset printing pula ada banyak proses. Bermula dari proses menghasilkan plate sebelum dicetak.

Sebab itu jika kita print 1,000 naskhah, kilang cetak akan hubungi kita untuk semak mockup.
Kalau dah semak mockup buku dan kita setuju barulah mereka hasilkan plate untuk cetakan. Selepas kita setuju dengan mockup, prosesnya boleh kata dalam dua minggu untuk siapkan satu buku.
Sebab itu jika cetak buku banyak, biasanya kita letak anggaran sebulan terus sebab ada satu lagi faktor iaitu buku kita nak beratur tunggu giliran.

Giliran paling penting adalah untuk kita approve mockup tadi. Tempoh masa pada proses ini pun boleh kata seminggu atau dua minggu.
Bergantung kepada kadar kesibukan kilang.
Mana lagi jimat?
Jika tanya mana lagi jimat sudah tentu cetak secara offset.
Untuk yang self-publish, tengok juga kepada bajet anda. Jika bajet kecil, boleh mula cetak serendah 50 naskhah dahulu.
Memang kos cetak per unit buku naik dua kali ganda. Tetapi poket kita tidak sakit.
Andai kata anda buat pre-order buku. Dan jumlah terkumpul sudah boleh cetak 300 unit, saya cadangkan terus cetak 500 unit.
Supaya ada baki untuk jualan lain.
Jika mahu cetak buku dan takut deal sendiri dengan kilang printing, boleh cuba dapatkan khidmat cetak buku daripada Kuras Buku.