· 4 MINIT BACAAN · Dikemaskini

Tugas Editor Buku: 2 Jenis Editor dan Apa Sebenarnya Mereka Buat

Editor buku bukan hanya pembaca pruf. Dalam syarikat penerbitan besar, editor dibahagikan kepada dua jenis: pengurus projek dan pembaca pruf.

Tugas Editor Buku: 2 Jenis Editor dan Apa Sebenarnya Mereka Buat
// DAFTAR ISI (11)
  1. Editor yang bertindak sebagai pengurus projek
  2. Editor sebagai pembaca pruf (proofreader)
  3. Tugas editor secara lebih terperinci
  4. Berapa gaji editor buku di Malaysia?
  5. Cara jadi editor buku
  6. Soalan lazim
  7. Boleh ke jadi editor tanpa ijazah Sastera?
  8. Editor freelance vs in-house, mana lebih baik?
  9. Berapa lama untuk jadi editor senior?
  10. Editor yang baik tu macam mana?
  11. Kesimpulan

Mungkin kerja seorang editor buku tidak diketahui ramai orang.

“Editor buku ini kerjanya mencari kesalahan sahajakah?”

Tugas editor buku sangat penting dalam proses terbit sebuah buku.

Dalam syarikat penerbitan yang besar, editor buku dibahagikan kepada kepada dua jenis mengikut tugas mereka.

Secara mudahnya, editor buku bertanggungjawab untuk:

  1. Cari manuskrip dan pakejkan ia menjadi buku yang disukai pembaca.

  2. Sunting (editing) dan bacaan pruf (proofreading).

Editor yang bertindak sebagai pengurus projek

Editor jenis yang pertama ini dia yang pergi cari penulis.

Dia yang baca manuskrip itu dari awal sampai habis.

Kemudian dia berikan maklum balas kepada penulis apa yang perlu ditambah baik.

Editor jenis yang pertama ini dia tahu sentiasa kena tahu keperluan pasaran pada waktu itu. Dia tahu buku apa yang laku dan buku apa yang orang mahu.

Mereka juga memainkan peranan penting dalam menentukan isi buku yang akan diterbitkan. Mereka akan membantu penulis untuk memilih isi yang sesuai dengan tujuan dan audiens yang dituju.

Editor sebagai pembaca pruf (proofreader)

Editor buku akan membantu penulis mengedit dan memperbaiki manuskrip buku dengan memberikan pandangan, kritikan, dan saran dalam hal isi, struktur, dan gaya penulisan.

Mereka akan memastikan bahasa yang digunakan dalam buku adalah jelas, mudah dipahami, dan sesuai dengan audiens yang dituju.

Editor buku akan memeriksa manuskrip buku untuk menemukan dan memperbaiki kesalahan-kesalahan ejaan, tatabahasa, dan penulisan.

Tugas editor secara lebih terperinci

Walaupun secara umumnya editor dibahagikan kepada dua jenis, sebenarnya tugas mereka boleh dipecahkan kepada beberapa fasa kerja:

Fasa 1: Penilaian manuskrip. Editor baca manuskrip dari mula hingga habis, nilai kekuatan idea, sasaran pembaca, dan potensi pasaran. Keputusan untuk terima atau tolak manuskrip biasanya dibuat di fasa ini.

Fasa 2: Suntingan struktur (developmental edit). Editor bekerja dengan penulis untuk memperbaiki struktur cerita, alur naratif, dan kekuatan idea utama. Ini fasa di mana bahagian buku boleh disusun semula atau dipotong.

Fasa 3: Suntingan isi (content edit). Editor periksa konsistensi fakta, logik isi, dan kekuatan setiap bab. Yang janggal atau lemah akan dimaklumkan kepada penulis untuk diperbaiki.

Fasa 4: Suntingan baris (line edit). Editor periksa gaya bahasa, ritma ayat, dan kelancaran bacaan pada peringkat ayat demi ayat.

Fasa 5: Suntingan salinan (copy edit). Editor pastikan tatabahasa, ejaan, tanda baca, dan konsistensi penggunaan istilah betul.

Fasa 6: Bacaan pruf (proofread). Semakan akhir sebelum buku dihantar ke percetakan. Ini cari kesilapan kecil yang terlepas dari fasa-fasa sebelumnya.

Fasa 7: Koordinasi produksi. Editor bekerja dengan jurudesain, ilustrator, dan pencetak untuk pastikan buku dihasilkan mengikut konsep yang ditetapkan.

Bukan semua editor terlibat dalam semua fasa. Penerbit besar biasanya ada editor berasingan untuk fasa berbeza. Penerbit kecil pula seorang editor mungkin uruskan beberapa fasa sekaligus.

Berapa gaji editor buku di Malaysia?

Gaji editor buku di Malaysia bergantung kepada beberapa faktor: pengalaman, syarikat penerbitan, dan jenis tugas yang dipikul.

Untuk editor baru (1-3 tahun pengalaman), gaji biasanya di sekitar RM2,500 hingga RM3,500 sebulan di syarikat penerbitan tempatan.

Editor pertengahan (3-7 tahun) boleh dapat antara RM3,500 hingga RM5,500.

Editor senior atau ketua editorial boleh dapat melebihi RM6,000, terutama di syarikat penerbitan yang besar.

Editor freelance pula biasanya mengenakan bayaran mengikut perkataan atau halaman. Kadar biasanya antara RM0.02 hingga RM0.10 sepatah perkataan, bergantung kepada tahap suntingan yang diperlukan.

Nota: anggaran gaji di atas adalah anggaran umum dan mungkin berubah. Rujuk laman jawatan kosong atau persatuan editor untuk maklumat terkini.

Cara jadi editor buku

1. Bina asas dalam bahasa dan sastera. Ijazah dalam bidang Bahasa Melayu, Linguistik, Komunikasi, atau Sastera memberi kelebihan. Tetapi tidak mustahak.

2. Banyak membaca. Editor yang baik adalah pembaca yang luas. Faham pelbagai genre, gaya, dan strategi penerbitan.

3. Bina portfolio. Mula dengan kerja sukarela atau bayaran rendah untuk bina rekod. Boleh edit zine pelajar, blog, atau manuskrip kawan.

4. Magang di penerbit. Banyak penerbit menerima magang. Pengalaman langsung di pejabat penerbit lebih bernilai daripada teori sahaja.

5. Sertai komuniti editor. Komuniti editor Malaysia aktif di media sosial dan kursus profesional. Networking sini membuka peluang kerja.

6. Kuasai alat profesional. Microsoft Word dengan track changes, Adobe InDesign, dan gaya rumah penerbit yang berbeza.

Soalan lazim

Boleh ke jadi editor tanpa ijazah Sastera?

Boleh. Banyak editor yang berjaya tanpa latar belakang Sastera formal. Yang penting adalah kepekaan terhadap bahasa, kemahiran membaca dengan kritis, dan pengalaman langsung.

Editor freelance vs in-house, mana lebih baik?

Bergantung kepada gaya hidup. In-house bagi gaji stabil dan EPF/SOCSO, tetapi terhad kepada satu syarikat. Freelance bagi fleksibiliti dan boleh pilih projek, tetapi pendapatan tidak konsisten dan tiada faedah pekerja.

Berapa lama untuk jadi editor senior?

Biasanya 7 hingga 10 tahun pengalaman aktif dalam industri penerbitan. Tetapi pangkat senior bukan sekadar tahun, tetapi kemampuan menguruskan projek besar dan membimbing editor junior.

Editor yang baik tu macam mana?

Editor yang baik bukan yang banyak komen pada manuskrip. Yang baik adalah yang faham apa penulis cuba sampaikan dan bantu sampaikan dengan lebih kuat. Mereka tahu bila kena edit, dan bila kena biarkan suara penulis bercakap.

Kesimpulan

Dalam keseluruhannya, editor buku bertanggungjawab untuk memastikan bahawa buku memenuhi standard kualiti dan kesesuaian bagi pembaca, dengan memberikan bantuan dan panduan kepada penulis dalam seluruh proses penerbitan, dari penyuntingan hingga desain dan pemasaran buku.

Sekiranya kita mahu terbit buku sendiri, tengok bajet yang ada.

Sekiranya perlu boleh ambil editor sebagai pengurus projek untuk menasihati kita dalam penulisan.

Sekiranya bajet sedikit ketat, mungkin boleh upah editor sebagai proofreader sahaja dahulu.

Sekurangnya buku kita kurang kesalahan ejaan dan bahasa.

// TOPIK