Manuskrip dah siap tulis? Nak buat apa seterusnya?
Sekarang masa untuk penulis pastikan manuskrip itu terbit menjadi buku.
Ada 3 laluan untuk kita terbitkan manuskrip menjadi buku.
Penerbitan buku secara tradisional
Ada penerbit yang sanggup terbitkan buku kita. Maka penerbit yang tanggung semua kos penerbitan dari kosong.
Kelebihan penerbitan tradisional termasuk pengetahuan dan pengalaman penerbit dalam menentukan kualiti kandungan dan penjualan buku.
Dan penerbit ada jaringan pengedaran buku yang baik.
Walau bagaimanapun, penerbitan tradisional memerlukan waktu yang lama dan mempunyai persaingan yang ketat antara penulis lain untuk mendapatkan perhatian penerbit.
Penerbitan mandiri atau self publish
Kita sendiri tulis, kita sendiri publish.
Kelebihannya kita ada lebih kontrol untuk bahagian kreatif dalam penghasilan buku.
Contohnya design cover dan layout, boleh ikut citarasa kita.
Kekurangannya kkita yang perlu usahakan pemasaran dan jualan sendiri.
Penerbitan hibrid
Secara hibrid ini sudah mula wujud di Malaysia.
Penulis berkongsi risiko dengan penerbit.
Contohnya kos untuk terbitkan satu buku itu RM12,000.
Ada penerbit yang JV dengan penulis untuk berkongsi kos penerbitan buku.
Mungkin 50%-50% atau 40%-60%.
Kelebihannya penulis ada kontrol juga kepada bahagian kreatif buku dan kita dapat gunakan penerbit punya jaringan pengedaran.