Terbit & Jual Buku Panduan Membaca

Sekiranya kita menulis dan menerbitkan buku panduan membaca kepada anak-anak, inilah cara memasarkannya.

  1. Buku panduan membaca digunakan oleh tadika, individu yang ajar membaca dan ibu-bapa yang aktif membantu anak-anak membaca.
  2. Bagi membina permintaan, hasil daripada praktis buku seperti ini membantu prospek membuat keputusan membelinya.
  3. Mula-mula, bangunkan kumpulan penggunanya dahulu yang dapat dijadikan testimonial awal.
  4. Contohnya ada lima individu yang mengajar membaca di rumah dan lima ibu yang mahu melakukan perkara yang sama untuk anak.
  5. Aplikasi buku itu ke atas grup ini dan lihat hasilnya.
  6. Interviu kumpulan ini dengan soalan-soalan yang dapat membantu mengembangkan testimonial. Biasanya, halangan, kesukaran dan situasi mengajar dan membaca adalah berbeza. Kenalpasti di mana kekuatan kekuatan buku ini yang menyelesaikan masalah berbeza.
  7. Kandungan maklum balas ini dapat dijadikan kempen bersiri memperkenalkan buku kaedah membaca.
  8. Jika kita mempromosikan buku dari aspek fizikal, contohnya, buku kita berwarna berbanding buku lain, ia hanyalah kosmetik sahaja jika disebut begitu.
    Nyatakan bersama kenapa warna pada teks mempercepatkan kepekaan mereka membaca.
    Penulis perlu membaca sumber ilmu lain bagi menguatkan hujah produknya.
  9. Sembangkan mengenai buku ini di grup-grup keibubapaan secara berkala dengan perbincangan satu masalah dan satu jawapan.
    Kita boleh tunjukkan pada halaman mana yang menyelesaikan masalah itu.
  10. Satu lagi pusingan pemasaran yang boleh dibuat adalah membuat tawaran kelas membaca percuma untuk pembeli dengan syarat membeli buku itu terlebih dahulu.
  11. Jika mahu dijual kepada tadika-tadika, penulis tawarkan latihan mengajar kepada para guru dan juga tawaran kepada tadika bagi mendapatkannya pada harga diskaun pengedar. Maka, tadika dapat menjual buku itu kepada ibu-bapa sebagai kit pembelajaran mereka.
  12. Selagi mana kempen itu menunjukkan dengan jelas masalah yang dihadapi oleh ibu-bapa dan ada penyelesaiannya. Insya-Allah, permintaan itu akan ada. Jika ada 10 masalah membaca, ia bermakna, pecahkan menjadi 10 kempen yang berbeza. Lebih spesifik, lebih mudah diingat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *