Tag Terbit Sendiri

Terbit Sendiri Adalah Bisnes

Apabila kita menulis dengan niat untuk diterbitkan menjadi buku yang dijual, kita harus sedar bahawa ianya sudah jadi satu transaksi bisnes. Buku yang kita tulis itu tadi bukan sahaja menjadi satu karya seni kita, tetapi juga menjadi satu produk yang didagangkan antara kita, penerbit dan pembeli.