Satu Perkara Tentang eBook Yang Paling Tidak Dipedulikan Pembeli

Ada satu perkara yang sentiasa menjadi sentimen oleh penulis dan penerbit dalam menidakkan penggunaan ebook sebagai salah satu saluran jualan mereka.

Perkara inilah yang dicanang-canang dan biasa menjadi alasan yang menentukan mereka mahu guna atau tidak mahu guna satu-satu sistem menjual ebook.

Ironinya ialah, perkara tersebut langsung tidak dipedulikan oleh pembeli dan pembaca.

Perkara tersebut adalah: DRM.

Apakah itu DRM?

Nasihat saya: jika tidak tahu tentang DRM, sila abaikan tentang DRM. Ia adalah teknologi yang akan mati sedikit masa lagi.

Jika tuan-puan adalah penerbit dan penulis yang sudah tahu tentang DRM, maka itulah dia perkara yang sebenarnya pembaca kita langsung tidak peduli tentang ebook.

Mereka hanya peduli pada satu perkara sahaja: “Aku mahu BACA SEKARANG.”

Mereka tidak peduli tentang betapa kukuhkan sistem sekuriti ebook tersebut sehinggakan ianya mampu menghalang cetak rompak.

Mereka jadi lagi sakit hati apabila sistem DRM tersebut MENYUSAHKAN mereka MEMBACA ebook yang telah mereka beli.

Ketakutan Penulis & Penerbit

Antara ketakutan penulis dan penerbit adalah “Bagaimana jika ada pembeli yang mencetak rompak ebook tersebut dan menyebarkannya dalam emel, facebook dan lain-lain? Itu adalah kesalahan jenayah!”

Maka kita sepatutnya serahkan perkara tersebut kepada pihak polis. Kerja-kerja membanteras penjenayah adalah kerja polis bukan kerja penerbit/penulis.

“Tetapi siapa pula yang akan bayar kita ganti rugi akibat cetak rompak tersebut?”

Saya tiada jawapan yang konstruktif untuk soalan tersebut. Lebih kepada jawapan bersifat sarkastik dan sinis. Maka saya tidak akan jawab untuk kesejahteraan sejagat. Yang saya akan kongsikan adalah soalan berikut:

“Berapa persen yakin yang ebook tersebut orang akan cetak rompak?”

Kerana, hanya ebook tahap #goldclass sahaja yang orang akan cetak rompak. Ebook tahap #noclass orang beli pun menyumpah.

Yang mana memberi maksud: apabila ebook cetak rompak, kita harus rasa bangga, kerana ebook kita sudah capai tahap #goldclass!

Selepas kembang hidung sebentar, barulah kita layak bising-bising di facebook atau kepada penerbit tentang hakikat ebook kita TELAH dicetak rompak.

Selagi belum kena cetak rompak, fokus pada hasilkan ebook yang orang mahu cetak rompak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *