Melangkah ke dunia Literasi Maklumat

Literasi Maklumat adalah kecekapan mendapatkan maklumat yang relevan sesuai dan berguna. 

Literasi maklumat bermula dengan pengurusan katalog buku Pusat Sumber Sekolah yang efektif.

DDC atau Dewey Decimal System merupakan asas pengetahuan yang paling minimum untuk mengurus Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Foto yang saya kongsikan berkaitan dengan manusia yang tinggal di dalam gua dalam maknanya. Asas pengetahuan adalah maklumat dan maklumat yang terlampau banyak perlu dicerakinkan.

dewey1
Diambil daripada http://www.ais.up.ac.za/

Analoginya seperti kita melipat kain, sudah tentu kita mengasingkan pakaian mengikut kategorinya ie seluar, baju, t-shirt, baju dalam dan seluar dalam. Lebih mendalam lagi baju kerja dan baju pakai hari-hari, baju ayah, ibu, anak- anak dan jauh lagi.

Begitu juga dengan DDC. Ada pengkelasan pertama 000 hingga 900, pengkelasan kedua 010 hingga 990 dan berlanjutan sehingga begitu dalam lagi.

Apabila kita melangkah ke dunia yang penuh dengan gajet dan teknologi yang canggih, jangan kita lupa kenapa pada zaman datuk nenek kita wujud pengkelasan sebegini?

9 Kelas DDC & Sebab

Kenapa DDC di kategorikan kepada 9  kelas. Ini kerana manusia pada zaman dahulu melihat sesuatu berkembang dari tinggal seorang dan mula bersosial sehinggalah wujudnya zaman media sosial sekarang.

Pengkelasan dilakukan sebegini dan diberikan sistem penomboran tiga digit. Bermula dengan:

000 –  Karya Am

Tentang pengetahuan asas dan ilmu pengetahuan yang bercampur aduk

100 –  Falsafah

Siapa saya – manusia mula befikir tentang  siapa dirinya dan berfalsafah tentang kehidupan dan ketuhanan

200 –  Keagamaan

Siapa yang mencipta saya – manusia mula berfikir tentang kerohanian dan agama anutannya

300 –  Sains  Kemasyarakatan

Siapa yang tinggal berjiran dengan saya – manusia mula bersosial

400 – Bahasa

Bagaimana saya berkomunikasi dan apakah bahasa yang digunakan untuk berhubung dalam persekitaran ketika itu

500 – Sains Tulen

Apa yang terdapat disekeliling saya , manusia mula berfikir tentang persekitaran

600 –  Teknologi

Manusia mula berfikir tentang sains gunaan, bagaimana alam sekeliling di gunakan di dalam kehidupan seharian

700 – Keseniaan

Manusia mula memikirkan apa yang boleh dibuat pada masa lapang

800 – Sastera

Manusia mula memikirkan tentang mendokumentasi karya seni dan sastera

900 –  Sejarah dan Geografi

Manusia mula memikir bagaimana untuk meninggalkan rekod dan perisitiwa sepanjang kehidupan mereka serta catatan berkaitan alam sekitar mereka

Penggunaan Kad Katalog

Tidak pernah terfikir dahulu kad katalog ditulis tangan dan kini ada sistem automasi yang serba canggih.

Pengalaman bersama Pn Hjh Raubiah di SK Permatang To’ Kandu sebagai pembantu di bahagian Alat Bantu Mengajart dan Media. Mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah di PKG Seberang Jaya. Pada masa itu En Md Noor Jan Mohd menjadi penyelaras PKG.

Kali pertama saya berkursus di luar di Langkawi, Kedah pada tahun 1992. Kami menginap di Hotel Langkasuka. Seramai 25 orang guru yang mengikuti kursus tersebut dan bermula dari situ saya berjinak-jinak dengan dunia Pusat Sumber Sekolah.

Kami belajar DDC dengan lebih mendalam dan menulis kad katalog. Tiada komputer atau sistem pada waktu itu. Kami belajar menghasilkan kad katalog bagi setiap buku yang dimasukkan entri data untuk:

1. Judul
2. Pengarang
3. Perkara

Canggih waktu itu kerana pengujung mencari maklumat berpandukan kad katalog yang disusun di dalam rak kayu seperti gambar di bawah.

Jika ingin mencari buku di perpustakaan, rak inilah yang akan dibuka dahulu sebelum mengambil buku dirak terbuka.

Menjelang penghujung tahun 1990an kad katalog sudah tidak digunakan lagi. Inilah bebanan GPM pada waktu itu termasuk saya.

Saya tidak pasti, masih adakah rak kad katalog di sekolah anda?

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *