Kenapa Mahu Terbit Buku Sendiri?

Kenapa orang memilih menerbitkan buku sendiri?

  1. Buku sebagai solusi akhir penolakan atau kelewatan mengurus manuskrip.

Disebabkan nama-nama penerbit besar menolak manuskrip atas faktor-faktor tertentu, maka memilih terbit buku sendiri.

  1. Buku bersifat memenuhi passion (nyalarasa) bukan profit (keuntungan).

Menerbitkan atas faktor mahu melihat penulisan dapat menjadi naskhah fizikal. Simpanan diri sendiri dan orang terdekat.

Ada yang menerbitkan buku semata-mata mahu menyelamatkan foto hitam putih keluarga dengan menjadikan sebagai bahan cetakan.

  1. Buku sebagai resume pada masa akan datang

Bermula dengan terbit buku sendiri. Pada waktu para penerbit sudah mula mencari manuskrip, buku-buku terbit sendiri dicadangkan untuk diterbitkan melalui jenama penerbit pula.

  1. Buku sebagai kad bisnes

Melalui buku, dia dapat memasuki perpustakaan korporat dan agensi kerajaan. Menjadi sebab penetapan kadar yuran penulis berbeza daripada penyampai yang tidak ada buku. Mendorong kepada beberapa acara tertutup melibatkan penulis kesan daripada kredibiliti karya dicetak.

  1. Buku sebagai pendapatan berperingkat

Buku yang diterbitkan sendiri sebagai cara menabung bagi tujuan tertentu. Misalnya jumlah keuntungan buku dibuat sebagai belanja umrah, membeli alat bantu kerja dan sebagai duit sisi untuk melancong setahun sekali.

Apabila kos yang semakin mampu terbit sekarang berbanding sepuluh tahun lalu, maka kesegaran konten, presentasi buku dan kemahiran mencari di mana pembaca menjadi bertambah kritikal.

Banyak nasi lemak dijual, mana satu kedai nasi lemak sedap rasanya?

Begitulah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *