Cara Betul Membina Jadual Konten Post Media Sosial Bagi Penulis

Membina jadual post atau konten harian merupakan aktiviti utama sekiranya penulis mahu membina followers mereka di media sosial.

Berikut adalah beberapa tips untuk membina jadual post harian untuk media sosial:

Tentukan tujuan dan gol

Pernah tak rasa hilang punca dan arah tujuan apabila kena bangunkan konten media sosial?

Apabila hilang punca, apa yang kita lakukan?

Tengok semula apa tujuan asal kita mahu menulis atau membangunkan konten media sosial setiap hari.

Bila hilang punca, kita tengok semula sekarang kita sudah sampai di mana? Berapa peratus lagi untuk kita capai sasaran?

Sebelum memulai membuat jadual post, penting untuk menentukan tujuan kita untuk menggunakan media sosial.

Adakah kita ingin mempromosikan buku atau artikel?

Menaikkan jumlah followers?

Atau membina komuniti pembaca?

Dengan menentukan tujuan dan gol, kita dapat:

  • Menentukan jenis konten yang kita mahu post
  • Membina jadual post media sosial

Dalam menentukan tujuan dan gol, elok kita letakkan satu nilai yang boleh kita ukur.

Sekiranya gol kita adalah mahu menaikkan jumlah followers. Letak terus berapa jumlah followers sekarang, dan berapa yang kita mahukan dalam tempoh berapa bulan.

Contoh:

Jumlah followers Tik Tok sekarang, 1,000. Saya mahu naikkan jumlah followers Tik Tok kepada 10,000 dalam tempoh 3 bulan.

Dalam tempoh itu kita ikut pulun betul-betul dengan disiplin.

Jadi andai kata tidak capai matlamat, kita tahu apa yang perlu kita ubah.

Tentukan platform sosial media

Selanjutnya, tentukan platform sosial media mana yang ingin kita gunakan untuk mempromosikan buku.

Setiap platform memiliki audiens yang berbeza. Audiens yang berbeza memerlukan jenis konten yang berbeza juga.

Misalnya:

  • Audiens di Instagram suka melihat foto atau ilustrasi yang menarik
  • Twitter pula stail ekspresi pemikiran atau idea dalam format pendek
  • Tik Tok untuk audiens awal yang mahu konten dalam video berdurasi pendek

Buat kalendar editorial

Setelah menentukan platform sosial media, buat kalendar editorial yang berisi jenis konten apa dan bila kita akan post.

Cubalah untuk membuat konten yang bervariasi dan menarik, termasuk cuplikan buku, tips menulis, dan artikel terbaru yang kita tulis.

Gunakan alat manajemen media sosial

Ada banyak alat pengurusan media sosial seperti Hootsuite, Buffer, atau Sprout Social yang dapat membantu kita mengatur jadual posting secara automatik.

Malah sekiranya kita memilih platform Instagram dan Facebook, pihak Meta ada menyediakan Meta Business Suite untuk kita schedule konten.

Paparan dalam Meta Busines Suite

Kita ambil masa sehari untuk pulun bina 5 konten dan schedule terus dalam sistem supaya automatik konten itu muncul dalam platform media sosial kita.

Dengan alat ini, kita dapat mengatur jadual konten mingguan, bahkan bulanan.

Pantau hasil secara berkala

Setelah memulai jadual post harian, pantau dan evaluasi hasilnya secara berkala.

Mungkin dua minggu sekali atau sebulan sekali.

Berapa peratus lagi tinggal untuk capai tujuan yang kita dah tetapkan di awal tadi.

Analisis statistik media sosial dapat memberikan informasi yang berguna untuk memperbaiki strategi kita dan mengetahui apa yang berhasil dan tidak berhasil.

Dengan menggunakan tips di atas, penulis dapat membangun jadual post harian yang efektif untuk mempromosikan karya mereka di media sosial.

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *