Kesan Domino Kejatuhan Industri Buku

Gelora dalam industri buku ini memang kuat tetapi luarannya nampak tenang. Hebat orang-orang industri buku ini menyimpan rahsia.

Namun saya perhatikan satu kelompok dalam rantai nilai industri buku ini ketinggalan tentang info semasa, sama ada mereka tak diberitahu atau mereka tidak mahu ambil tahu.

Kelompok penulis atau pengkarya ini kebanyakkannya masih tidak tahu, jadi saya ambil masa hari ini nak tulis panjang-panjang untuk kefahaman kelompok ini.