Azree Hanifiah merupakan konsultan bagi penerbitan digital di Malaysia. Beliau pernah bertugas di PTS dan bertanggungjawab meyakinkan ebookstore luar negara untuk buka ruang jualan bagi penerbit Malaysia.
Dua tahun lepas, seorang librarian dari UK memberitahu beberapa sekolah dan universiti sudah memotong sebanyak 50% bajet pembelian buku fizikal dan menukarnya kepada pembelian buku digital.
Pada bulan Februari lalu, pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) melancarkan buku teks digital. Ini merupakan langkah awal bagi melayani generasi Z yang tidak-suka-kertas.