PASCA IIBF 2016: ADA APA PADA INDUSTRI BUKU KREATIF INDONESIA?

Baru-baru ini, saya bersama empat rakan penulis telah secara sukarela terbang ke Jakarta bagi menyertai kemeriahan Indonesia International Book Fair (IIBF) 2016 di Balai Sidang Jakarta, Senayan. Kami berkampung di sana selama lima hari, dari 29 September hingga 3 Oktober 2016 atas nama aktiviti Writers Trip: Jakarta Book Hunting.

Kami berkampung di sana selama lima hari, dari 29 September hingga 3 Oktober 2016 atas nama aktiviti Writers Trip: Jakarta Book Hunting.

Tahun ini adalah kali kedua saya ke IIBF, selepas 2011 dahulu, pun secara sukarela. Segala kos ditanggung sendiri. Bezanya, kali ini ada Malaysia sebagai Tetamu Kehormat IIBF. Jadi, ada Pavilion Malaysia dan banyak acara pentas yang melibatkan panel dari Malaysia di sana.