KENYATAAN MEDIA BERSAMA ITBM, DBP dan PKB

Susulan insiden rampasan buku “Manifesto Komunis” terbitan Thukul Cetak di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (PBAI), Sabtu lalu, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Perbadanan Kota Buku (PKB) selaku ketua agensi delegasi penyertaan Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab bahawa ia adalah insiden yang disengajakan bagi tujuan memalukan negara.