Formula Hasbullah, Hatrik Rencana Berimpak Tinggi

Bagaimana caranya menulis rencana menggunakan pendekatan allahyarham Dato’ Hasbullah Awang, pengulas sukan terbaik di negara kita?

Bunyinya aneh, kerana suara dan wajahnya lebih dikenali sebagai pengulas sukan, bukannya penulisan.

Tetapi, beliau mempunyai beberapa elemen yang dapat ditiru semula oleh penulis rencana akhbar dan majalah.

Elemen-elemen dalam ulasan sukan beliau dapat membantu bagi mencetuskan situasi tarik-menarik emosi antara pembaca dan penulis.