Mengapa Mahu Jadi Penulis Cerpen

Sebelum bermula, tanyakan soalan ini kepada diri sendiri. Seperti kanak-kanak yang sentiasa mahu tahu, tanyakan diri kita dengan soalan ‘mengapa?’ ini. Ya, mengapa kita mahu menjadi penulis? Lebih tepat, mengapa kita mahu menulis cerpen?

Menurut panduan yang digariskan oleh Buya Hamka, pengarang dan ulama terkenal Indonesia, penulis yang jelas dengan tujuan menulis akan dapat menghasilkan karya yang baik.