Mengapa Penerbit Membelanjakan RM1 Juta Bagi Memiliki Penulis Ini?

Ada khabar bertiup kencang, satu penerbit di Malaysia yang sanggup bayar advanced royalty 7 angka kepada seorang penulis yang mempunyai peminat (tribe) yang besar.

Ya, saat sekarang pemain-pemain besar industri buku tempatan berebut-rebut penulis yang mempunyai tribe sendiri.

Biasanya kita menyangka hanya penulis-penulis novel yang mempunyai peminat (tribe), manakala penulis buku-buku info tidak.

Sebenarnya, semua penulis berpeluang mempunyai tribe.

Malah mempunyai tribe menjadi faktor penentu kita ini penulis PREMIUM atau penulis biasa-biasa.

Ini kerana tribe mempunyai peranan penting meningkatkan jualan buku. Tribe adalah pembeli setia buku penulis yang diminatinya. Malah mereka juga yang kuat berkempen bagi penulis.

Tribe berpotensi membayar harga premium bagi bertemu penulis. Contohnya dengan menghadiri seminar dan ceramah oleh penulis. Pasaran seminar dan ceramah adalah sumber pendapatan penting bagi penulis buku-buku motivasi.

Malah pendapatan daripada yuran seminar dan ceramah adalah lebih besar daripada royalti buku.

Asas pembentukan tribe adalah perkongsian nilai-nilai murni.

Bagi membina ekonomi tribe kita, kongsikan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan kita.

Semakin banyak buku, semakin banyak peminat.

Maka, semakin takut penerbit mahu rejek karya saudara!

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *