Bagaimana buku yang ditolak penerbit mampu meraih royalti RM12,000

“Saya sudah beberapa kali direjek oleh penerbit. Mereka tidak mahu terima manuskrip saya.”

Dia menyambung, “Ramai rakan-rakan saya yang lain sudah bertanya-tanya bila buku saya akan terbit. Mereka mahu BELI.”

Ini bukan kes buku tersebut tiada pasaran.

Ditolak penerbit bukan bermaksud buku itu tidak boleh dijual langsung.

Ditolak penerbit mungkin bermaksud penerbit itu yang tidak pandai menjual buku kategori yang kita tulis.

Bertenang sahaja. Ada dua solusi:

Pertama, cari penerbit lain sampai dapat.

Kedua, terbit sendiri.

Ini sebab mengapa terbit sendiri menjadi pilihan ramai orang.

5 Sebab Mengapa Terbit Sendiri

1. Terbit Lebih Cepat

Ya, kita boleh terbit buku kita pada bila-bila waktu kita mahu. Kita boleh cetak hari ini atau esok atau minggu depan.

Ini berbeza apabila kita menghantarnya kepada penerbit. Mereka ada kerenah. Ini kerana kerenah mereka menentukan buku mereka mencapai standard boleh jual atau tidak.

Mereka amat berhati-hati mengeluarkan duit sendiri.

Kerenah adalah citarasa atau standard.

Kita juga boleh mencipta kerenah sendiri. Kerenah menentukan buku kita itu boleh terbit pantas atau tidak.

Ingatan juga, kerenah menentukan buku kita itu mampu dijual mahal atau tidak.

2. Pulangan Modal Cepat

Jika tuan terbit sendiri dan jual sendiri, maka saya boleh katakan pulangan modalnya cepat.

Industri buku adalah industri berasaskan hutang. Bisnes tutup pun disebabkan hutang. Bayangkan jika penerbit menghantar satu judul buku kepada kedai hari ini, lagi 6 bulan barulah kedai buku bayar kepada penerbit.

Ini berbeza jika kita terbit sendiri dan jual sendiri. Jangan jual buku secara berhutang.

Kita belajar daripada situasi negatif ini.

3. Diulang cetak berkali-kali!

Dengar seperti janji manis. Semua penulis berharap bukunya diulang cetak berkali-kali.

Tetapi mereka perlu sedar, satu penerbit menguruskan lebih 500 judul buku!

Sekiranya buku kita habis terjual dalam gudang mereka pun, isu terlepas pandang itu kerap berlaku.

Apabila kita cetak sendiri, buku habis sahaja kita boleh buka borang tempahan baru. Dan kita cetak terus berdasarkan tempahan.

Mahu cetak berpuluh kali pun boleh.

4. Royalti lebih besar

Kebiasaannya penerbit memberikan royalti dalam lingkungan 10% daripada harga buku kepada penulis.

Harga buku x Jumlah terjual x 10% =  Royalti

Contohnya:

RM20 x 3000 x 10% = RM6,000

Maka, RM6000 jumlah royalti yang akan kita terima.

Jika kita terbit sendiri, kita sendiri yang menetapkan jumlah royaltinya. Atau kita ambil kesemuanya sekali pun tidak mengapa.

Mari kita lihat berapa pendapatan kita andai kata kita hanya mampu jual 1,000 unit sahaja tahun itu.

Contohnya:

RM20 x 1000 (jumlah terjual) = RM20,000

Mungkin kita mahu tolak-tolak kos design layout dan cover buku, dan jual mahu beri hadiah kepada yang tolong promosi. Kosnya mungkin dalam RM8,000.

Untung bersih kita adalah RM12,000.

5. Dilihat pakar dalam bidang

Salah satu sebab kita mahu buku kita terbit adalah kerana kita ingin dilihat sebagai pakar dalam bidang yang kita tulis.

Kita mahu jadi bahan rujukan.

Untung besar apabila diri kita dijadikan rujukan. Lebih-lebih lagi dalam perkara yang begitu niche.

Ada rakan saya menulis mengenai lebah kelulut. Disebabkan hanya ada beberapa buku sahaja mengenai lebah kelulut, maka dia diangkat sebagai pakar dalam segala isu lebah kelulut.

Orang yang buat bisnes jual madu mengupah kepakaran beliau sebagai konsultan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *