Mana satu yang betul?

Makin dekat pilihanraya, makin nampak ‘warna’ sebenar sesebuah rumah berita.

Tidak kira akhbar atau portal atau TV mahupun radio masing-masing dah mula ‘cucuk jarum’ kepada audien.

Semalam, sampai ke pengetahuan aku dua kes rintihan lelaki yang berbeza tetapi berkaitan isu yang sama.

Isunya adalah tentang ketelusan rumah media dalam melaporkan isu.

Rumah berita yang mana boleh dipercayai?

Siapa yang tidak ‘spin story’?

Siapa yang takkan ubah tajuk dan artikel dia sampai dua tiga kali untuk ‘cover line’ bila kantoi?

Sebenarnya aku dah jawab benda ini dahulu.

Jawapan aku – tidak ada rumah media yang ‘perfect’.

Sebabnya?

Rumah media, seperti manusia – masing masing mempunyai ideologi sendiri. Masing masing ada kayu ukur berbeza terhadap sesuatu perkara yang dikatakan ‘benar’

Perspektif sesuatu rumah berita melihat sesuatu hal berbeza antara satu sama lain.

Waktu PM Najib rasmi kompleks tentara udara di Sendayan, ada rumah berita lihat ia sebagai satu kejayaan.

Ada juga yang lihat ia satu kegagalan dan gula-gula pilihanraya.

Siapa yang tentukan perspektif sesuatu rumah berita? Manusia!

Siapa manusia-manusia ini? Macam-macam orang.

Boleh jadi wartawan di lokasi, atau penolong editornya, atau editornya, atau ketua pengarangnya, atau boleh jadi sang pemilik rumah berita itu sendiri.

Orang-orang yang aku sebut di atas ini, selaku manusia – ada banyak faktor yang mempengaruhi mereka.

Mungkin sahaja subjek yang nak dilapor itu kenalan atau saudara-maranya.

Mungkin sahaja subjek nak dilapor itu berbelanja besar beriklan (advertising) di akhbar, radio, tv dan portal miliknya. Jadi tak mahu hilang bisnes.

Mungkin sahaja sebab dia dah terlalu lama dalam industri, dia melihat ‘kebenaran’ dengan caranya sendiri.

Mungkin juga memang dia percaya kepada sesuatu pihak dan mahu menjatuhkan pihak yang lain maka dia pastikan berita siaran akhbar miliknya menulis perkara yang rak bertentangan dengan kepercayaan peribadinya.

Tambahan pula, perkara yang benar ini sebenarnya tidak seksi. Bila tak seksi, audien tak mahu baca, tak mahu beli akhbar, tak mahu langgan (berbayar) portal berita, tak mahu tonton tv, tak mahu dengar radio.

Benda ini akan beri kesan kepada jumlah wang masuk. Wang adalah perkara penting.

Tanpa wang siapa nak bayar kos dakwat, kertas, gaji wartawan, operator mesin, pakcik lori dan komisen kedai-kedai runcit?

Kalau ada yang kutuk rumah berita sebagai jahat kerana utamakan wang di atas perkara, perkara lain.

Aku nak tanya – kalau kau jadi ketua (boss) dan tindakan kau akan beri impak kepada 1000 mulut untuk diberi makan setiap bulan,

Apa kau akan buat?