Pareto Rule adalah satu hukum alam yang muncul secara semulajadi. Ia juga lebih dikenali dengan nama Hukum 80/20. Ini kerana ia hukum yang ringkas dan mudah diguna pakai.

Hukum 80/20 menyatakan ‘setiap 20% unit menerima/menyumbang 80% akibat’.

Itu secara ringkas.

Ia muncul secara semulajadi di mana-mana sahaja. Termasuk dunia penulisan.

Kita boleh katakan secara kasar, 20% penulis menerima 80% daripada jumlah besar duit royalti.

Kita boleh juga katakan, 20% penulis menguasai 80% pasaran pembaca.

Juga kita boleh kata 20% daripada keseluruhan pembaca menyumbang kepada 80% duit royalti tadi.

Impak Kepada Ringgit Dan Sen Penulis

Anda nampak impaknya?

Jika kita mempunyai kelompok pembaca tegar, atau istilahnya ‘tribe’ dalam jargon pemasaran, kita mampu menjadi penulis yang dikejar penerbit.

Berapakah pula jumlah ‘kepala’ yang dikatakan 20% itu?

Jumlah yang dicadangkan adalah 1000 ahli tribe. 1000 orang ini adalah pengikut setia FB anda. Setiap kali kita post status terbaru ada 1000 orang like post kita. Baru sahaja kita kata ‘manuskrip sudah diluluskan penerbit’ di FB 1000 orang ini sudah hulur duit untuk tempahan awal buku tersebut. Itulah tribe anda.

Jika 1000 adalah 20%, maka 100% adalah 5000 kelompok peminat.

Ya, dalam erti kata lain, kita HANYA memerlukan 5000 orang peminat untuk hidup sebagai penulis yang hot pada mata penerbit.

Atau mungkin elok kita jadikan nombor tersebut dalam bentuk tindakan dan benchmark yang mudah diikuti:

Kita HANYA memerlukan 5000 ahli FB group/page untuk dikategorikan sebagai ‘Penulis yang ada Tribe’ yang digemari oleh penerbit.

Ya, pada ketika itu penerbit lebih suka bekerjasama dengan kita untuk menerbitkan karya.

Jika jumlah tribe kita adalah 0, penerbit akan KIV dahulu dan memfokuskan pada penulis lain yang mempunyai tribe.

Tindakan penulis yang masih belum ada tribe seterusnya adalah: Buka FB page/group dan mula mengumpulkan fans di situ.

Pesanan penaja: jangan SPAM. Gunakan pendekatan berhemah dan bijaksana, bukan memaksa.