Bagaimana Wartawan Bekerja?

Anda masih ingat filem Superman zaman Christopher Reeve? Watak Clark Kent dan Lois Lane yang elegan bekerja di Daily Planet. Berkot sepanjang hari, hatta waktu sedang kerja di lapangan pun masih berdandan cara sama. Suasana dalam pejabat yang sentiasa berlatar belakangkan bunyi mesin taip dipetik laju, kertas-kertas berterbangan dan suara jerit menjerit dalam pejabat. Ini suasana tahun 1978, pada tahun filem pertama Superman dikeluarkan.

Wartawan Dalam Diri Kita

“Kak Lopez, semalam saya tengok Pak Jackson naik motor dengan bini baru… muda lagi, bergetah!” kata Mak Britney sambil memilih ikan di pasar tani. “Isy, kau biar betul. Mana kau tahu itu bini muda dia? Tapi rapat tak perempuan tu peluk Pak Jack? Kalau rapat, sahlah bini baru itu,” jawab Kak Lopez. “Nak kata rapat, tak sempat nak tengok lama-lama. Nampak pun sekali lalu sahaja. Tapi mesti rapat punya, naik motor takkan renggang-renggang,” balas Mak Britney. Matanya dijegilkan sedikit.

Bagaimana Jika Pembeli Sebarkan Ebook Saya?

Apabila penerbit konvensional ingin memasuki industri digital, mereka begitu prihatin terhadap isu piracy (cetak rompak). Mereka memerlukan sesuatu untuk mengelakkan orang boleh berkongsi sesuka hati di internet. Ini kerana duit poket mereka masih bergantung kepada jualan buku printed. Secara logiknya, siapa yang akan beli DVD Original sekiranya filem tersebut boleh download percuma sahaja di internet. Ia berbeza dengan buku printed yang jika diberi pinjam kepada rakan-rakan sekalipun, satu buku hanya akan berpindah ke satu tangan sahaja. Itupun bila diberi pinjam, pemberi tersebut akan rasa ketiadaan buku tersebut.

Caliph Buskers vs Seminar FB Jadi Buku

Dalam masa sehari, Tuhan beri cabaran dan beri jawapan. Waktu di seminar FB Jadi Buku kelolaan saudara Zamri Mohamad, featuring Aqif Azizan dan Tim PTS, senarionya begini. Sesi pertama oleh saudara Zamri, rata-rata peserta jadi semangat, kalaulah dibenarkan, mungkin ada yang melompat.

4 Kaedah Penulis Mencari Idea

Pada zaman sekolah dulu, cikgu Bahasa Melayu saya pernah berpesan. Sebaik saja kita membaca soalan karangan, sebenarnya ada berpuluh-puluh dan berates-ratus idea sudah ada dalam fikiran. Disebabkan itu, berlakulah kesesakan idea dalam fikiran hingga membuatkan ia tersangkut dan tidak dapat dikeluarkan di atas kertas.

Menulis Kerana Memberi

Ada masa yang kita perlu peruntukkan untuk berfikir hal-hal mendasar. Meneropong jauh ke dalam hati tentang perkara yang kita lakukan setiap hari agar kita tidak tersasar daripada destinasi yang telah kita tentukan sebelum ini. Antara perkara yang kita lakukan setiap hari adalah menulis.

Mengapa Mahu Jadi Penulis Cerpen

Sebelum bermula, tanyakan soalan ini kepada diri sendiri. Seperti kanak-kanak yang sentiasa mahu tahu, tanyakan diri kita dengan soalan ‘mengapa?’ ini. Ya, mengapa kita mahu menjadi penulis? Lebih tepat, mengapa kita mahu menulis cerpen? Menurut panduan yang digariskan oleh Buya Hamka, pengarang dan ulama terkenal Indonesia, penulis yang jelas dengan tujuan menulis akan dapat menghasilkan karya yang baik.