Model Bisnes Ebook

Soalan daripada rakan di facebook, “Saya mahu belajar kaedah membuat dan menjual ebook. Apakah cara yang sesuai?”

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada model bisnes yang mana satu kita pilih.

Saya kategorikan model bisnes ebook kepada dua:

Kategori pertama, pasaran penerbit.

Pasaran penerbit ini kita panggil juga sebagai pasaran mainstream. Apa-apa sahaja perlu ikut standard yang digaris fahami oleh industri.

Setiap syarikat penerbitan besar akan duduk berbincang dan menggariskan pelan perubahan dari buku bercetak kepada ebook.

Oleh kerana itu ada beberapa peraturan yang mereka cipta supaya ‘periuk nasi’ asal mereka iaitu buku bercetak tidak terkubur terlalu pantas.

Contoh peraturan ketat itu adalah DRM (Digital Rights Management). DRM ini fungsinya menyekat ebook daripada dicetak rompak atau dikongsi beramai-ramai.

Rakan beli ebook, kemudian mereka kongsi ebook itu dengan rakan-rakan lain. Maka fungsi DRM adalah untuk menyusahkan perkara ini berlaku.

Kategori kedua, pasaran selebriti.

Selebriti ini tidak semestinya orang yang masuk tv. Saya gelar mereka sebagai selebriti kerana mereka bergerak atas nama sendiri.

Mereka membina tribe, dan mereka jual produk kepada tribe mereka.

Orang membeli atas rasa percaya kepada info yang mereka jual. Dan juga orang membeli kerana lebih mudah tanpa apa sekatan.

Biasanya kategori ini menjual ebook dalam format PDF, dan tanpa DRM.

Selebriti ini tidak perlu bergantung kepada tribe penerbit. Tribe mereka sendiri sudah membolehkan mereka kenyang berbulan-bulan.

Model hibrid

Ada pula penerbit di luar negara saya masukkan ke dalam kategori ketiga. Kategori ini adalah penerbit yang mengambil pendekatan kategori selebriti.

Contoh paling sesuai dalam kes ini adalah O’Reilly.

Mereka menjual ebook di platform mereka. Tanpa DRM.

Dan mereka menjadikan setiap penulis sebagai selebriti atau pakar dalam bidang. Setiap penulis mereka disusun strategi agar mempunyai tribe sendiri.

“Mengapa O’Reilly ini tidak kisah ebooknya tiada DRM?”

Duit besar mereka bukan pada ebook tetapi pada kursus dan seminar!

Sekarang tuan sudah tahu mengenai model bisnes ebook, model yang mana menjadi pilihan tuan sebagai penulis?

 

2 Comments

  1. Artikel bermanfaat, tetapi tuan perlu jelaskan lagi atau buat artikel khusus macam mana fungsi dan mekanisme DRM (Digital Rights Management). tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *