Bagaimana Ada Penulis Boleh Menulis 4 Buku Setahun? Mengapa Kita Tidak.

Beberapa tahun dulu saya pernah mendengar perkongsian daripada Ain Maisarah, seorang penulis yang sudah ada lebih daripada 40 buah buku.

Beliau ceritakan proses menulis akan menjadi lancar sekiranya kita sudah siapkan rangka cerita bersama isi-isinya lengkap.

Jika tidak dibuat begitu, beliau pasti mengambil masa yang lama untuk menulis sebuah buku. Mengapa? Kerana masa yang diperuntukkan untuk menulis perlu digunakan juga untuk berfikir idea bab seterusnya.

Bayangkan anda dan isteri dari Kajang mahu ke Kuala Lumpur. Dalam pertengahan perjalanan, tiba-tiba sahaja isteri kata mahu ke Bangi. Terpaksalah berpatah balik. Dalam perjalanan ke Bangi, tiba-tiba isteri mengidam mahu ke Banting.

Begitulah perumpamaan jika kita menulis novel tanpa sinopsis.

Akhirnya proses menulis akan menjadi lambat dan beliau mungkin hanya dapat menulis setahun sebuah buku saja.

“Jadi apa yang beliau lakukan?”

Penulis bestseller itu duduk bersama pasukannya dan akan berbincang jalan cerita novel terlebih dahulu sebelum memulakan proses penulisan.

Beliau mengambil masa selama dua hingga tiga minggu bagi melengkapkan jalan cerita dan sinopsis setiap bab.

Dengan melakukan sedemikian, kerja menulis seterusnya menjadi lancar seperti memandu di lebuhraya

Jika tidak, penulis akan kerap berhenti dan berfikir mencari idea untuk menyambung cerita.

“Saya sudah buat sinopsis dua muka surat yang diserahkan kepada editor. Adakah itu mencukupi?”

Tidak. Sinopsis perlu dipanjangkan di setiap bab. Setiap bab perlu mempunyai satu sinopsis yang lengkap konfliknya, lokasi watak berada, waktu malam atau siang, bagaimana cuaca pada waktu itu, adakah bab yang sedang ditulis mempunyai kesinambungan dengan bab sebelum dan bab seterusnya.

Ia perlu ditulis lengkap, supaya kita juga tidak terkeliru dan pening bila mahu menulis. Ada penulis tertukar watak dalam setiap bab. Kita tidak mahu perkara itu terjadi.

“Apa yang perlu ada dalam sinopsis setiap bab?”

 

2 Comments

  1. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang sangat bermanfaat.

    Tip-tip begini amat diperlukan oleh saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *