Hak cipta (copyright) melindungi hasil karya penulis dalam apa jua bentuk.

Tidak kira ia dalam bentuk buku, manuskrip, lagu, gambar, video, pementasan, dan lain-lain lagi.

Bagaimana daftar hak cipta?

Soalan paling lazim ditanya oleh penulis, “Bagaimana cara saya mendaftarkan hak cipta bagi tulisan saya?”

Jawapannya TIDAK PERLU.

Hak cipta diberikan secara automatik sebaik saya sesuatu karya itu dihasilkan.

Sebagai contoh tuan sudah siap menulis manuskrip novel, belum pun hantar kepada penerbit buku. Manuskrip itu automatik sudah dilindungi undang-undang hak cipta.

Malah tulisan di facebook juga dilindungi terus.

Hak apa kita berikan kepada penerbit?

Soalan seterusnya muncul, “Jadi hak apa yang penerbit pegang?”

Suatu ketika dahulu, bila seorang penulis memberikan manuskrip kepada penerbit, penerbit itu akan dapat hak sepenuhnya semua jenis penerbitan terhadap manuskrip itu.

“Ada banyak jenis hak?”

Ya, ada banyak.

Trend terkini dalam industri penerbitan, penulis memberikan beberapa jenis hak sahaja kepada penerbit.

Apabila pemilik hak cipta mahu membawa buku atau karyanya untuk dikomersialkan, dia boleh memilih untuk memberikan satu, dua atau lebih hak kepada penerbit.

Saya panggil ia sebagai hak penerbitan.

Contoh jenis hak yang biasa ditemui dalam kontrak:

  1. Hak untuk menterjemah
  2. Hak menerbitkan edisi kulit keras
  3. Edisi Kulit lembut
  4. Edisi Paperback
  5. Edisi Ringkasan
  6. Edisi E-book
  7. Edisi terjemahan
  8. Edisi muat turun melalui Internet
  9. Hak untuk difilemkan
Contoh klausa dalam perjanjian penerbitan

Ini sebahagian yang saya kerap temui dalam mana-mana kontrak penerbitan di luar negara.

Hendak terbitkan edisi cover kulit lembut dan kulit keras pun boleh jadi berbeza hak.

Setiap jenis hak dikira sebagai aliran royalti berbeza.

Ini kerana penerbit buku tidak semestinya pandai untuk jual karya kita dalam versi video. Sama juga halnya, penerbit buku premium (biasanya cover kulit keras) ada market berbeza dengan penerbit buku trade (dijual di kedai buku).