Tak kiralah kau baju Kuning atau baju Merah atau Oren atau Hitam atau acah-acah fighter, meh aku cerita apa yang kau kena buat esok.

Di sana nanti akan ada banyak benda yang berlaku depan mata dan akan ada situasi kau nampak satu benda menarik dan bagus untuk dikongsi.

Dalam kebanyakan masa, kau akan terlepas saat itu. Sebab ia berlaku dalam sekelip mata dan biasanya, luar jangka.

Ini pesanan aku untuk kau rasa nak

a. Catat kronologi peristiwa

b. Rakam gambar/video di acara

A. CATAT KRONOLOGI

1. Pilih untuk guna sama ada voice recorder atau smartphone yang ada aplikasi voice recorder.

Rekod suara sendiri.

Nyatakan nama, jam, dan apa yang berlaku.

2. Whatsapp – Buat satu grup Whatsap dengan kawan-kawan. Gunakan fungsi mesej suara (tekan gambar mikrofon) untuk cerita pada grup apa yang berlaku.

Nyatakan nama, jam, dan apa yang berlaku.

3. Buku nota – pilih yang berkulit keras – senang nak menulis kalau tak ada lapik. Sediakan lebih dari 3 batang pen yang disimpan di tiga tempat berbeza. Back-up kalau ada yang hilang atau tercicir.

B. RAKAM GAMBAR/VIDEO

1. Kenali kemampuan kamera anda. Fahami juga apa yang perlu dibuat untuk atasi kekurangan kamera anda.

Contoh, kalau kamera tak boleh zoom jauh ketahuilah bahawa anda perlu bergerak lebih dekat ke arah subjek untuk ambil gambar/video mereka.

2. Cari ‘stesyen’ – Celah bangunan, belakang tembok, atas kenderaan yang kau boleh berdiri statik dan dalam masa sama tidak menghalang laluan orang.

Kalau sambil nak ambil gambar, sambil itulah orang dok langgar kau, macam mana nak buat rakaman dengan tangan stabil?

3. Belajar tentang Rule Of Third. Google aja. Kalau itu pun aku nak ajar. Parah.

4. Be creative – Dalam keadaan cemas macam mana pun, akan ada peluang untuk jadi kreatif dalam mencari ‘angle’ atau subjek.

Peter Arnett menang Pulitzer hanya sebab dia sanggup ambil 3 saat menghadap orang yang lari sambil badan terbakar akibat Agent Orange masa perang Vietnam. Ingat tu.

Aku tak kisah kau belah mana pun. Aku tak minat nak tahu, aku tak minat nak campur.

Merah atau Kuning atau Oren atau Hitam – apa yang penting kau rakamlah sejarah ‘perjuangan’ kau dengan baik.

Buat simpanan sejarah.

p.s – Teringin juga nak tengok kalau Rani Kulup jadi datang Bersih 5.0 naik kuda.