Dengan hilang dua insentif kewangan dalam pembentangan bajet 2017, iaitu Baucar Buku 1Malaysia dan Personal Income Tax Relief nilai RM1000 untuk pembelian buku, PTS perlu melihat semula kepada dapatan dari tahun 2011.

Tahun 2011 ialah tahun terakhir sebelum subsidi Baucar Buku bermula. Sebelum Baucar Buku, jualan channel retail (kedai buku) untuk buku umum (trade book) dijana oleh pembelian tunai pembaca. Channel retail menyumbang hampir 80% kepada jualan buku umum.

Pada tahun 2011, GDP berkembang pada kadar lebih 7% dan pembaca buku ada bantuan pelepasan cukai sebanyak RM1000. Tahun 2010 dan 2011 mencatatkan perkembangan bisnes yang sangat baik untuk PTS.

Tahun 2017 nanti, channel retail akan kembali pada jualan tunai, tidak ada lagi subsidi Baucar Buku.

Kedai buku dijangka akan kembali fokus pada produk pendidikan dan alat tulis. Ruang lantai untuk buku umum akan dikecilkan.

Lebih sukar lagi, GDP negara dijangka berkembang pada 4% sahaja dan tidak ada lagi Relief spesifik RM1000 untuk pembelian buku.

Kejatuhan jualan buku umum (trade book) di channel retail telah bermula pada awal 2015 lagi. Kita jangka jualan buku umum akan kekal jatuh pada tahun depan. Pemulihan channel retail akan bergantung besar kepada pemulihan ekonomi negara.

Selain channel retail, PTS akan fokus pada channel ecommerce dan channel pameran untuk mencari growth area yang baru dalam tahun 2017.

Pasaran sudah berubah (lagi), model bisnes dan struktur kos perlu berubah mengikut pasaran baru ini.

Inilah menariknya bisnes buku.

Semoga Allah beri kami kekuatan dan kelapangan dalam masa yang sangat mencabar ini. Amin.