Bagaimana Jika Pembeli Sebarkan Ebook Saya?

Apabila penerbit konvensional ingin memasuki industri digital, mereka begitu prihatin terhadap isu piracy (cetak rompak). Mereka memerlukan sesuatu untuk mengelakkan orang boleh berkongsi sesuka hati di internet.

Ini kerana duit poket mereka masih bergantung kepada jualan buku printed. Secara logiknya, siapa yang akan beli DVD Original sekiranya filem tersebut boleh download percuma sahaja di internet.

Ia berbeza dengan buku printed yang jika diberi pinjam kepada rakan-rakan sekalipun, satu buku hanya akan berpindah ke satu tangan sahaja. Itupun bila diberi pinjam, pemberi tersebut akan rasa ketiadaan buku tersebut.

Dalam kes ebook pula, bila ebook tersebut dikongsi dengan rakan-rakan, ia boleh berpindah dari satu device ke satu device yang lain dengan laju. Di sinilah munculnya keperluan akan sistem untuk menjaga piracy daripada merebak terlalu meluas.

Industri kemudiannya memperkenalkan konsep DRM (Digital Rights Management).

Kita lihat sebentar sejarah pengenalan DRM ini bermula.

DRM zaman iTunes

Pada tahun 2004 saat iTunes diperkenalkan, mereka menggunakan DRM yang dipanggil FairPlay. Ia menjadikan semua lagu yang dijual melalui iTunes hanya boleh didengar melalui iPod, iPhone dan deviceApple yang lain sahaja.

Maksudnya jika kita beli lagu di iTunes, lagu itu tidak boleh disebarkan sewenangnya.

Tiga tahun kemudiannya, EMI bercadang untuk menawarkan lagu mereka di iTunes tanpa DRM, tetapi dengan harga lebih tinggi.

Jualan lagu masih lagi laku. Malah, jumlah lagu yang telah di-download meningkat kepada 4 billion pada tahun 2008 berbanding 1 billion pada tahun 2007.

Pada April 2009 barulah iTunes tidak lagi menggunakan DRM pada lagu mereka. Harga lagu tanpa DRM juga diturunkan sehingga $0.99.

DRM untuk Ebook

Begitulah pakar industri buku belajar yang pasaran ebook juga perlu menggunakan DRM. Lebih-lebih lagi pada peringkat awal ini mereka perlu menarik penerbit buku konvensional supaya berani turut serta dalam pasaran ebook.

Ada banyak syarikat gergasi yang membuat sistem DRM mereka sendiri, cuma tiga yang popular iaitu:

  1. Adobe DRM (Adobe Content Server)
  2. Amazon
  3. Ibooks (Apple)

Sama halnya dengan kes iTunes. Setiap DRM menyebabkan ebook tersebut hanya boleh dibaca menggunakan device atau apps yang dibuat oleh pengeluar DRM tersebut sahaja.

Adobe DRM telah pun mempunyai apps untuk semua jenis device termasuklah desktop, iOS (iPhone dan iPad), Android dan lain-lain lagi. Dan Adobe menjual sistem DRM mereka kepada mana-mana yang berminat untuk membina marketplace sendiri.

Ebook Marketplace Malaysia

Ada 3 ebook marketplace di Malaysia yang mempunyai sistem DRM iaitu:

  1. e-Sentral – Mereka membina sistem DRM sendiri
  2. MPH Digital – Mengguna pakai Adobe DRM (Sekarang sudah tidak ada MPH Digital)
  3. Bachabooku – Mengguna sistem DRM daripada Ookbee.

Adobe menjual sistem DRM mereka pada harga yang mahal. Malah bagi setiap pembelian ebook, marketplace itu akan dicaj lagi. Kebanyakan ebook marketplace yang menggunakan Adobe DRM terpaksa mengambil kadar perkongsian keuntungan sebanyak 60%-70%. Bermakna keuntungan penerbit hanya sekitar 30%-40% sahaja.

Sudah tentu ini bakal membunuh syarikat penerbitan.

Saya sentuh isu DRM ini lebih lanjut akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *