Ini adalah kos yang berkaitan sepanjang tempoh menguruskan manuskrip sehingga menjadi buku. Penulis juga boleh fikirkan tentang kos penghantaran (pos) kepada pembaca buku sebelum menetapkan harga sesebuah buku.

Bagi kos penghantaran buku pula faktor saiz buku, tebal buku turut terlibat juga. Jadi penulis sudah boleh fikirkan tentang kos penghantaran ini semasa membuat keputusan untuk membuat design dan saiz buku.

Buku yang bersaiz A4 tidak muatĀ untuk envelope pos laju prepaid RM6.00 (tidak termasuk gst), tetapi muat untuk buku bersaiz A5.