Pada masa ini media sosial telah banyak mengangkat orang yang tidak ada apa-apa menjadi seseorang.

Bertambah menarik kebanyakannya memberikan pengguna akses percuma untuk menjadi

dikenali di seluruh dunia. Jika tidak terkenal di dunia pun mungkin diketahui di Malaysia. Twitter, Facebook, blog, Youtube itu jika digunakan sekadar untuk memenuhi masa lapang penulis tidak akan mendapat pulangan yang positif.

Namun, penulis dapat gunakan sepenuhnya peluang itu untuk memasarkan diri dan juga produk hasil tulisan mereka.

Gunakan medium yang percuma terlebih dahulu sebelum menggunakan bahan promosi yang berbayar.