5  Tips Pemilihan Buku Kanak-kanak Yang Baik

Bagi membuat pemilihan buku yang sesuai untuk bacaan kanak-kanak disertakan kriteria yang perlu dipatuhi . Kriteria ini boleh diadaptasi untuk buku remaja juga.

1. Tema, kandungan dan tahap penglibatan

Adakah tema dan kandungan buku mesra kanak-kanak, dan mungkin melibatkan diri pembaca?

  • Bolehkah kanak-kanak dikaitkan dengan buku ini?
  • Adakah buku ini merangsang perasaan ingin tahu?
  • Adakah buku ini menjana penglibatan emosi dalam diri pembaca?

BUKAN-FIKSYEN

  • Adakah betul dan fakta?
  • Adakah ia disokong dan menjadikan ia menarik serta mudah difahami?

2. Plot

Adakah unsur-unsur plot (termasuk karakter) dan struktur direka dengan baik?

  • Adakah plot cerita jelas dan digunakan sehabis baik?
  • Adakah sebarang peralatan yang digunakan untuk pembaca mengenal pasti buku ini dan meningkatkan minat membaca mereka?
  • Jika buku ini ialah bukan-fiksyen, adakah ia berstruktur untuk membolehkan penglibatan dan pemahaman?

3. Bahasa

Adakah bahasa yang digunakan mesra kanak-kanak, dan dapat meningkatkan keseronokan membaca dan keupayaan kanak-kanak dalam membaca dan memahami?

  • Adakah bahasa yang digunakan menjadikan buku lebih menarik kepada pembaca?
  • Adakah bahasa yang digunakan membantu membangunkan bahasa kanak-kanak, dalam pengembangan tatabahasa mereka?
  • Adakah buku ini untuk:
  • Beginner Readers: Adakah direka untuk membolehkan pembelajaran membaca?
  • Early Readers: Adakah ia mengambil kira tahap dan keperluan mereka?
  • Fluent Readers: Adakah direka untuk membolehkan mereka mencapai peringkat seterusnya dalam pembacaan?
  • Advanced Readers: Adakah direka untuk meluaskan kesedaran dan penggunaan bahasa mereka?

4. Ilustrasi, rekabentuk dan hasil

Adakah ilustrasi, rekabentuk dan hasil sesuai untuk buku ini?

  • Adakah buku ini diilustrasi dengan baik?
  • Adakah ilustrasi untuk buku bukan-fiksyen sahih dan disokong?
  • Adakah buku yang dicetak, saiz tulisan dan susun atur teks menarik dan mesra-pembaca?
  • Adakah kertas/kad yang digunakan berkualiti?
  • Adakah pengikat buku bersesuaian dan kuat?

5. Nilai

Adakah bersesuaian nilai yang dipamerkan, dan adakah cara ia dipersembahkan menggalakkan kanak-kanak berfikir di luar pemikiran mereka?

  • Adakah buku ini menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir, bersoal jawap, memperoleh nilai-nilai murni dan andaian kepada mereka?
  • Adakah buku ini dapat menangani isu yang terlibat di dalam hal sensitiviti?

Adakah buku ini berurusan secara telus, tidak merendahkan dan tidak stereotaip kepada komuniti terpinggir?

Jika jawapan kepada persoalan ini banyak Ya  maka buku kanak-kanak  yang dipilih adalah sesuai untuk pilihan, jika banyak Tidak maka perlu diteliti semula

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *